Thursday 22 June 2023

KAMPUNG BUKIT GEDOMBAK, PASIR PUTEH

 
Kampung Bukit Gedombak adalah salah satu kampung tradisional yang terletak di dalam jajahan (daerah) Pasir Puteh. Ia dikira kampung yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Pasir Puteh yang hanya terletak kira-kira 3 kilometer sahaja.
 
Justeru, penduduk Bukit Gedombak dapat berurusan dengan pejabat agensi kerajaan Pusat dan Negeri dengan dengan mudah. Ini termasuklah untuk sampai ke Hospital Tengku Anis yang juga terletak kira-kira 3 kilometer.
 
Kampung Gedombak dihubungkan dengan bandar Pasir Puteh yang menjadi pusat pentadbiran jajahan Pasir Puteh melalui Jalan Pasir Puteh -  Tok Bali yang menjadi pemangkin kepada kemajuan kampung berkenaan.
 
Berhampiran Kampung Gedombak terdapat Pasar Borong Pasir Puteh yang menjadi pusat peniaga kecil dan penduduk mendapatkan barang basah seperti sayur, ikan, daging, buah dan keperluan harian lain.
 
Kampung Gedombak menjadi antara lokosi pilihan untuk membina bangunan atau hartanah kerana ini berhampiran dengan pusat bandar dan juga kawasan pembangunan di Tok Bali.

No comments:

Post a Comment