
Projek landasan kereta api Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer landasan kereta api bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, dengan Lembah Klang.
Dengan kelajuan 160 kilometer sejam kereta api penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak. la akan memendekkan masa perjalanan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Ia meningkatkan pembangunan
ekonomi di Pantai Timur, serta meningkatkan integrasi serantau dan mengukuhkan
kedudukan Malaysia di persada dunia.
Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada
penghujung tahun 2027. Rangkaian kereta api ECRL ini bakal menjadi pengangkutan
alternatif kepada rakyat Pantai Timur bagi mengurangkan kesesakan terutamanya
sewaktu musim perayaan.
No comments:
Post a Comment