Kegunaan ubat GTN. Nama GTN adalah kependekan kepada Glyceryl
Trinitrate. Ia juga dikenali nitroglycerin ialah ubat yang diletakkan di bawah
lidah untuk melegakan sakit dada (angina) akibat masalah jantung dengan cepat.
Fungsi GTN adalah untuk meluaskan saluran darah supaya darah
dan oksigen dapat mengalir ke jantung dengan lebih lancar.
Ia bertujuan untuk Melegakan sakit dada atau rasa ketat di
dada (angina) dengan segera. Dapat mencegah sakit dada jika diambil 5 minit sebelum
melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
Cara penggunaan yang betul ialah meletakkan di bawah lidah. Ambil
sebiji dan biarkan ia mencair di bawah lidah. Jangan telan atau kunyah. Rasa
pedas, hangat, atau mencucuk di bawah lidah menandakan ubat sedang bertindak.
Jika masih sakit selepas 5 minit, ambil biji kedua secara
sama dan tunggu 5 minit. Jika masih sakit selepas 5 minit untuk dos kedua,
ambil biji ketiga dan segera ke jabatan kecemasan hospital.
Ubat ini boleh menyebabkan tekanan darah turun dan kepala
terasa pening. Bangun secara perlahan dari posisi duduk atau baring.
Jangan ambil bersama ubat rawatan mati pucuk (seperti sildenafil
atau tadalafil) atau alkohol kerana ia boleh menyebabkan penurunan tekanan
darah yang berbahaya.
