Tuesday, 9 June 2026

KAPAL SUDAH HAMPIR TENGGELAM

 
Kapal sudah hampir tenggelam. Namun, kapten dan anak kapal saling menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah dan menyerang pihak yang lain.

Dalam keadaan kapal hampir tenggelam, sepatutnya ambil langkah bertenang dan memikirkan bagaimana cara hendak selamatkan kapal agar tidak tenggelam dan mampu bertahan sehingga ke pelabuhan.

Tidak perlu cari salah siapa dan menuduh pihak lain punca kapal hendak tenggelam. Tindakan itu tidak akan menyelamatkan kapal atau keadaan menjadi lebih baik.  Sebaliknya, keadaan menjadi lebih gawat dan tidak mampu diselamatkan.

Tetapi, itulah realiti politik. Apabila ada masalah, maka dibongkar segala masalah lain untuk mempertahankan diri kononnya tidak bersalah dah pihak lainlah punca segala masalah.

Pemimpin biasanya tidak tanggung kerugian akibat perpecahan. Ada pihak lain sedia menawarkan kedudukan di tempat lain. Pihak yang sengsara adalah ahli yang selama ini setia kepada parti dan pemimpin.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment