Tuesday, 30 June 2026

KFC BEROPERASI SECARA FRANCAIS

 
KFC beroperasi secara francais. Kentucky Fried Chicken (KFC) merupakan salah satu rangkaian makanan segera yang paling terkenal di dunia ini. Syarikat perusahaan KFC bermula pada tahun 1930-an sebagai operasi francais kecil.

Kolonel Sanders telah menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan dan pembukaan beribu-ribu restoran-restoran KFC di seluruh dunia. 

Kualiti, perkhidmatan dan kebersihan (QSC) mewakili faktor-faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan global syarikat KFC.

Ibu pejabat KFC beroperasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders. Kentucky adalah salah sebuah negeri yang bergabung membentuk Amerika Syarikat semenjak 1 Jun 1792. Ibu negeri Kentucky ialah Frankfort.

KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.  

Resipi rahsia Colonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan. 

Presiden syarikat KFC sendiri tidak tahu senarai bahan-bahan. Beberapa orang yang tahu pun kena menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. KFC mendakwa resipi Colonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia. 

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga. Contohnya, menu “chicky meal” disediakan istimewa untuk kanak-kanak.

Iklan KFC di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera untuk keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment