Sunday, 19 July 2026

IKAN TILAPIA TAHAN LASAK

 
Ikan tilapia tahan lasak. Di Malaysia terdapat 2 spesies ikan tilapia yang terkenal iaitu tilapia merah dan tilapia hitam. Bagaimanapun terdapat lebih lebih kurang 30 spesies ikan ini dari jenis yang sama seluruh dunia. 

Tilapia merupakan spesis ikan yang mudah hidup di samping mempunyai daya tahan yang tinggi, menyebabkan menjadi pilihan utama penternak ikan air tawar.

Di Malaysia, ikan tilapia hitam banyak terdapat di lombong-lombong dan kolam terbiar. 

Ikan tilapia berasal dari benua Afrika. Spesies tilapia hitam dari Sungai Nil. Ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya kawasan sawah padi.

Penternakan ikan tilapia memang mudah. Tidak banyak perkara yang perlu difikirkan tentang kos dan penjagaan jika sekadar ingin memelihara untuk tujuan penggunan sendiri dan pasaran secara kecil-kecilan.

Ikan tilapia mudah dijaga dan senang untuk dibiakkan. Kalau dalam keadaan semula jadi ikan itu boleh hidup sendiri, tentu sekali lebih baik untuk ikan itu membesar dan membiak jika diberi makan dan dijaga kualiti air.  

Selain untuk kegunaan sendiri, ikan tilapia juga mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran terutamanya di restoran makanan laut dan pasar raya.

Menternak ikan tilapia di dalam kolam adalah kaedah yang paling mudah dan jimat kerana ikan boleh memakan makanan semula jadi yang ada di dalam kolam tersebut.

Ketika di dalam fasa tumbesaran ini, ikan perlu diberi makanan yang mencukupi dan mengekalkan keadaan air yang menggalakkan tumbesaran.

Ikan tilapia mengambil masa 4 hingga ke 6 bulan untuk membesar dan sedia untuk dituai atau ditangkap.

No comments:

Post a Comment