Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang
diwakili pensyarah dan mahasiswa mengadakan Program Kem Bahasa Inggeris di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, Gua Musang, selama dua hari.
Program yang melibatkan 50 orang pelajar bertujuan untuk memperkasakan penguasaan dan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pelbagai aktiviti dijalankan sebagai “alat” untuk melatih pelajar berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris.
Penguasaan dan kemahiran berbahasa Inggers dianggap penting untuk mendedahkan seseorang kepada dunia tanpa sempadan yang banyak menggunakan bahasa Inggeris.
Biarpun SMK Penggung Jaya berada jauh di pedalaman dan dikategorikan sebagai sekolah Orang Asli, pendedahan kepada bahasa Inggeris amat penting kerana pelajarnya perlu melihat jauh ke dunia luar, terutama apabila mereka melanjutkan pelajaran di tahap tinggi dan menceburi dunia pekerjaan.
Komitmen seluruh warga SMK Panggung Jaya, terutama kalangan pentadbir dan guru untuk melahirkan permata gemilang tidak pernah pudar biarpun sedar kekurangan dan kekangan yang terpaksa dihadapi.
Kekurangan itu dijadikan penguat semangat untuk melakukan lebih baik. Mereka berpegang kepada kata-kata Pengetua SMK Panggung Jaya, Mohd Khairul Bahri Ismail: “Sebutir pasir akan digilap menjadi intan permata”.
No comments:
Post a Comment