Sunday, 2 June 2024

UKMHK 8 BRIGED 2024

 
Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) Peringkat Lapan Briged Tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya. Ujian yang dilaksanakan secara pertandingan itu melibatkan penyertaan 6 buah pasukan di bawah naungan formasi 8 Bgd iaitu 16 RAMD, 21 RAMD, 8 SSB, 8 Komp Angkut KPD, 8 KOD dan 8 Wksp Bgd. 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membina ketahanan mental dan fizikal, semangat kepercayaan terhadap diri sendiri serta kumpulan, disiplin, perpaduan dan kefahaman individu serta kumpulan, meningkatkan kebolehan dari segi kepimpinan dan pemerintahan anggota, memupuk semangat espirit de corps, mendedahkan anggota dalam menggunakan daya ikhtiar dan inisiatif sendiri untuk mengatasi pelbagai halangan, meningkatkan keupayaan menembak sesuai dengan situasi simulasi peperangan.
 
Dalam pertandingan tersebut, pasukan 21 RAMD telah menjuarai Kategori Tempur, manakala johan bagi Kategori Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat telah disandang oleh 8 SSB dan 8 Komp Angkut KPD. Ketua Platun terbaik keseluruhan telah disandang oleh Lt Fakhruddin bin Mat Hairy dari pasukan 16 RAMD.
 
Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh Panglima 8 Bgd, Brig Jen Muzamil Ali bertempat di Lapang Sasar Bukit Merbau pada hari ini.
 
Muzamil dalam ucapannya menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang telah menyertai pertandingan ini. Beliau menyeru kepada Tim yang telah terpilih untuk mewakil formasi 8 Bgd ke pertandingan di peringkat Divisyen supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan dan meningkatkan imej serta nama baik formasi 8 Bgd.
 
Kredit – Briged Kelapan Infantri Malaysia


No comments:

Post a Comment