Aktiviti “ice breaking” sering diadakan
ketika penganjuran kursus, seminar, orentasi, mesyuarat dan sebagainya.
Setakat ini tiada istilah dalam bahasa
Melayu bagi kata "ice breaking". Walau bagaimanapun,
dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "breaking the ice"
membawa maksud "menghilangkan rasa kekok".
Padanan yang sesuai dapat juga
diberikan mengikut konteks. Misalnya, dalam konteks mesyuarat,
sesi ice breaking ini lebih sesuai disebut sebagai sesi taaruf.
Istilah suai kenal atau orientasi juga boleh
digunakan sebagai padanan "ice breaking" bergantung pada konteks
dan situasi.
Fokus utama ice breaking ini adalah
bertujuan bagi mewujudkan suasana yang aktif, meriah dan tidak kekok.
Istilah ice breaking ini dari sudut bahasa adalah padanan dua patah kata dalam
bahasa Inggeris yaitu ‘ice’ dan ‘breaking’ atau ‘breaker’ yang membawa maksud
kepada memecahkan ais.
Umum mengetahui bahawa sifat ais adalah
beku dan keras. Makanya, ice breaking adalah satu kegiatan atau aktiviti untuk
memecahkan kebekuan ais dan mencairkan suasana agar lebih gembira, tidak
mengantuk atau membosankan.
Perbezaan latar belakang, status, usia,
pekerjaan, kebiasaan harian, jabatan dan skop kerja menyebabkan wujudnya ruang
pemisah di antara satu individual dengan individual yang lain.
Oleh itu, proses meleburkan
dinding-dinding ais atau ice breaking di antara individual itu penting
dalam memastikan kelancaran dan kelestarian perjalanan program. Hasil dari ice
breaking ini membolehkan para peserta lebih mengenal antara satu sama lain dan
mewujudkan ruang interaksi yang lebih akrab.
Di samping itu, ice breaking membantu ke
arah pembentukan kumpulan dan bekerjasama, mencipta suasana yang lebih
aktif penyertaannya dan membina rasa selesa di dalam lingkungan rakan-rakan dan
suasana yang baru.
Terdapat pelbagai modul yang boleh
digunapakai bagi tujuan ice breaking ini, sama ada berbentuk di dalam
dewan atau tempat tertutup, atau di tempat yang terbuka seperti di padang dan
kawasan luar bangunan. Aktiviti boleh dijalankan sama ada menggunakan peralatan
atau tidak.
Perjalanan ice breaking dikendalikan oleh
pembimbing, fasilitator atau individu yang berperanan menentukan aktiviti itu
terkawal dan mencapai matlamatnya. Aktiviti ice breaking juga boleh dijadikan
sebahagian gambaran awal kepada tujuan keseluruhan kursus.
No comments:
Post a Comment