Friday, 9 May 2025

TANAH BERIS FILEM PRODUCTION

 
Tanah Beris Film Production Sdn Bhd (TBP) merupakan sebuah syarikat perniagaan yang memberikan tumpuan utama kepada aktiviti produksi penerbitan program-program televisyen untuk stesen kerajaan dan swasta.
 
Seiring langkah memperkukuhkan lagi perniagaan akan berterusan, TBP pada waktu yang sama akan mencari peluang-peluang yang ada di agensi kerajaan, swasta dan individu lain seperti penerbitan video koporat dan sebagainya.
 
Asas kemuncak sebagai sebuah syarikat penerbitan visual, matlamat jangka panjang berhasrat untuk menerbitkan filemnya sendiri setelah berpengalaman menimba ilmu penerbitan.

TBP juga begitu aktif dalam pengurusan acara membabitkan pelbagai agensi sama ada kerajaan atau swasta. 
 
Kesimpulannya biarpun syarikat ini baru ditubuhkan namun dengan keyakinan yang ada dan melihat kepada perkembangan industri produksi negara tiada yang mustahil untuk menemui kejayaan.
 
TBT dimiliki Suhaimi Lua bin Abdullah,
seorang pelakon dan pengarah aktif di pesada seni Malaysia. Nama 'tanah beris" diambil sempena tempat asal beliau iaitu di Kampung Beris, Bachok, Kelantan.

No comments:

Post a Comment