Buah
mahkota dewa kerap dikaitkan dengan produk kesihatan dan kecantikan. Pokoknya
pula rendang dan mudah ditanam di pinggir kediaman.
Tanaman
ini berasal dari Papua New Guinea ini sudah terkenal dengan khasiat dalam
mencegah dan membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit seperti tekanan
darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, penyakit
hati, alergi, ginjal, jantung dan tambah tenaga.
Banyak
orang menanam pokok mahkota dewa di laman rumah. Pokoknya renek dan mudah
berbuah. Buah mahkota dewa berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah apabila
sudah matang. Memang cantik dilihat tidak ubah seperti pokok hiasan.
Namun,
tidak banyak orang tahu cara untuk mendapatkan manfaat daripada pokok mahkota
dewa. Ada buahnya dibiarkan gugur tanpa dimanfaatkan. Rugi dibiarkan buah
berkhasiat itu tidak digunakan.
Cara
mudah untuk penyediaan buah mahkota dewa:
-
Petik ketika warnanya kemerah-merahan kerana kandungan antioksidan di dalam
buah mahkota dewa tinggi.
-
Belah dua dan buang bijinya kerana ia beracun.
-
Hiris secara nipis isinya.
-
Jemur hingga kering.
-
Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.
Cara
penggunaan:
-
Masukkan dua atau tiga keping hirisan ke dalam segelas air panas.
-
Biarkan sehingga sejuk dan minum.
-
Amalkan minum tiga hari sekali.
-
Jika anda menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing
manis, amalkan minum sekali sehari sahaja.
-
Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum.
-
Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos.
-
Minum seperti normal iaitu tiga hari sekali untuk mengekalkan kesihatan.
Selain
cara rendaman boleh juga direbus. Masukan 10 hingga 30 hirisan setiap kali
merebus. Warna air rebusan mahkota dewa akan bertukar menjadi kemerahan. Tapis
dan diminum sedikit sahaja. Boleh simpan dalam peti sejuk dan diulang minum
tiga kali sehari.
No comments:
Post a Comment