Friday, 12 February 2021

TAMBAH TENAGA AMAL MAKAN SUP EKOR LEMBU

Bekalan ekor lembu agak terhad, sedangkan permintaan terhadap daging bahagian ekor lembu agak tinggi. Permintaan tinggi terhadap ekor lembu disebabkan khasiat yang dimiliki jika memakannya, terutama jika dibuat sup ekor lembu.

Bahagian ekor lembu setelah dilapah kulitnya hanya seberat kira-kira satu kilogram. Memang tidak banyak yang diperoleh untuk dibuat sup ekor lembu.

Jadi, peluang makan sup ekor lembu agak istimewa. Sup ekor lembu mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Bagaimanapun, khasiatnya yang paling utama adalah merangsang dan meningkatkan keupayaan tenaga batin lelaki.

Khasiat sup ekor merangsang tenaga batin semakin diyakini. Sebab itu ada suami yang menjadikan rutin makan sup ekor lembu setiap minggu. Selain rasanya sedap dan menyelerakan, mereka mendapat manfaat untuk tenaga batin. 

Sup ekor lembu yang sedap mempunyai kuah yang agak pekat. Rasa rempah ratus di dalam sup yang sebenarnya menjadi pemangkin dalam tubuh untuk kekuatan dalaman.

Sup yang dimakan ketika panas akan meransang sel-sel dalam badan. Itu sebab apabila menghirup dan menikmati sup ekor lembu, tubuh akan mudah mengeluarkan peluh.

Untuk memasak sup ekor lembu yang power, rahsianya adalah jangan tumis bahan-bahan rempah ratus seperti ramai yang melakukannya.

Apa yang perlu dilakukan adalah terus merenih ekor lembu yang telah dibersihkan dan kemudian campurkan terus bahan rempah ratus ke dalam air rebusan.

Tambahan lagi, ekor lembu sudah ada lemaknya sendiri. Dengan mengelakkan dari menumis, maka kuranglah sedikit rasa minyak dan berlemak.

Rasa kuahnya yang pekat hasil daripada rebusan ekor lembu bersama bahan tertentu, ia memerlukan masa kira-kira beberapa jam untuk direbus supaya menghasilkan aroma dan rasa asli.

Sup ekor lembu yang dimakan ketika panas akan merangsang sel dalam badan seterusnya mengeluarkan peluh yang baik untuk tenaga dalaman.

Selain itu, badan akan mulai segar, perjalanan darah bertambah lancar dan sentiasa bersemangat untuk melakukan apa saja kerja. Ia paling baik dimakan pada waktu petang, malam dan ketika hujan.

Tenaga yang dihasilkan disebabkan lendir pada ekor lembu mempunyai khasiat, seterusnya ditambah ramuan dan rempah ratus digunakan menaikkan aroma serta manfaatnya.

Jika dimakan semasa panas, sup ekor lembu ini mampu membantu anda untuk mendapatkan tenaga batin secara terus. 

Petua untuk lebih mendapat manfaat ialah sup ekor lembu dimakan dua atau tiga jam sebelum melakukan hubungan suami isteri. Jadi, elok sangat ia dimakan sebagai hidangan makan malam.

Sumber gambar internet.  

No comments:

Post a Comment