Kegiatan menternak lembu telah lama dilakukan penduduk
kampung secara kecil-kecilan, sekadar seekor atau beberapa ekor yang diternak
di kawasan tempat tinggal. Sekarang ini aktiviti penternakan lembu semakin
berkembang kerana memberi pulangan pendapatan yang lumayan dan permintaan yang
tinggi.
Harga lembu pedaging kini mencecah empat hingga lima ribu
seekor. Harga lebih tinggi sehingga mencecah puluhan ribu seekor untuk baka
terpilih.
Sebab itu, memelihara lembu tidak lagi dianggap "kerja
kampung" atau "kerja sampingan", tetapi telah menjadi satu
industi yang semakin mendapat sambutan mereka yang menjadikan satu kerjaya yang
menguntungkan.
Begitu pun, masih ada meneruskan pemeliharaan lembu secara
hobi sekadar beberapa ekor sahaja kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap lain.
Salah satu kekangan penternak lembu sama ada berskala besar
mahupun sekadar hobi ialah bekalan makanan dan kawasan ternakan. Makanan utama
lembu adalah rumput. Sekarang ini kawasan ditumbuhui rumput semakin terhad.
Terdapat dedak makanan lembu ialah makanan
ternakan yang diformulasi dengan gabungan protein, serat tumbuhan, tenaga
metabolis dan nutrien penting untuk menyokong tumbesaran, penggemukan
dan kesihatan lembu secara menyeluruh.
Namun, harga dedak makanan lembu agak mahal dan tidak
menguntungkan jika bergantung 100 kepada dedak itu. Makanan berupa rumput masih
diperlukan.
Sebab itu, penternak perlu mencari rumput untuk dijadikan
makanan harian lembu masing-masing. Untuk mendapat bekalan rumput atau makanan
yang berterusan, satu cara dilakukan ialah menanam rumput napier yang bukan
sahaja berukuran besar, tetapi juga kaya khasiat yang diperlukan oleh lembu.
Selain rumput napier, rumput minyak juga ditanam untuk
dijadikan makanan lembu.
Penternak boleh mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV) berkaitan cara menternak lembu secara betul
dan mendapat hasil yang baik.
No comments:
Post a Comment