Friday 3 September 2021

JENIS KAIN PELEKAT SARUNG SELESA DIPAKAI

 
Kain pelekat dahulunya pakaian 'wajib' lelaki ketika menunaikan sembahyang. Ia dipakai labuh sehingga paras buku lali dengan bahagian atas berada pada bahagian atas pusat. 


Pemakaian kain pelekat tidak sama dengan kain sampin yang biasanya bahagian bawah berada di atas paras lutut atau sedikit di bawah.
 
Namun, sekarang ini kain pelekat semakin jarang dilihat dipakai lelaki yang pergi ke masjid atau surau. Sebaliknya, semakin ramai yang memakai jubah mahupun seluar longgar yang dikatakan lebih selesa dan 'bergaya'.

Pun begitu, kain pelekat masih lagi mendapat permintaan. Penggunaan kain pelekat dianggap lambang seni budaya yang menjadi identiti lelaki Melayu.
 
Antara jenis atau ciri pelekat yang menjadi pilihan: 
- Sangat selesa dipakai.
- Tidak panas.
- Cotton lembut.
- Tidak jarang. 
Sesuai untuk kegunaan harian.
Sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.
- Terdapat dalam kotak bungkusan yang kemas.
Pelbagai warna dan motif yang menarik. 
 
Kami menjual beberapa jenama kain pelekat terkenal. Setiap jenama mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan masing-masing. 

Kami ada menjual kain pelekat secara dalam talian. Mudah, cepat dan murah. 
 
PELEKAT MANGGA NUR AJUNG

No comments:

Post a Comment