Thursday 8 June 2023

LEMAH SPM TETAPI BERJAYA CAPAI PhD

 
Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM. Yang dapat cemerlang, teruskan usaha untuk menyambung kecemerlangan. Jangan terhenti sekerat jalan. Anda telah ada formula bagaimana hendak berjaya. Berjaya bukan kerana nasib, tetapi melalui usaha yang berterusan.
 
Yang dapat biasa-biasa, tahniah sebab kamu sudah belajar dan tahu macam mana untuk dapat yang luar biasa. Hidup ini adalah pengalaman yang mengajar untuk masa hadapan. Hari ini tidak cemerlang mungkin ada sebab mengapa ia terjadi. SPM adalah permulaan dan masih banyak lagi peluang untuk cemerlang pada tahap-tahap lain.
 
Yang rasa macam “gagal” jangan terus kecewa. Apabila ada perasaan gagal, itu sebenarnya tanda bahawa anda rasa ingin berjaya. Tahniah juga. Sebab kamu telah mendapat pelajaran dan pengajaran yang sangat berguna.
 
Gagal bukan selama-lamanya selagi kamu terus berusaha. Selagi berusaha, selagi itu belum dinamakan gagal. Banyak yang tidak cemerlang semasa SPM, tapi pengakhirannya dapat PhD juga. Mengapa? Kerana dia terus berusaha dan tidak berhenti.
 
Kita tidak kira di mana bermula, tetapi yang paling di penting di mana berakhir.
 
Gambar - Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Tahniah Mawaddah Binti Mohd Khairul Bahri atas kecemerlangan yang diraih.

No comments:

Post a Comment