Monday 19 February 2024

KHASIAT AKAR POKOK SENDUDUK PUTIH

 
Akar pokok senduduk putih banyak kebaikan khasiatnya. Untuk mendapatkan akar pokok senduduk putih memang sukar dicari. Bagaimanapun, kini sudah ada pengusaha menghasilkan jamu akar senduduk putih dengan gabungan 11 jenis herba terpilih. Jamu akar senduduk putih boleh dibeli secara dalam talian. Taip sahaja “jamu akar senduduk”, anda akan menemui laman sesawang yang berkaitan.
 
Jamu akar senduduk terbukti melegakan masalah:
- Saraf dan sendi
- Letih dan lesu
- Gout
- Kebas menyucuk
- Angin berlebihan.
 
Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.
 
Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.
 
Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air
 
Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

No comments:

Post a Comment