Di Kelantan, sejak sekian lama masyarakat Melayu
dan Cina hidup aman dan harmoni tanpa ada masalah serta saling menghormati.
Biarpun kaum Cina tidak banyak di Kelantan, mereka dapat melaksanakan aktiviti
keagamaan dan perayaan dengan selesa tanpa gangguan.
Sesungguhnya, hubungan antara kaum di
Kelantan cukup istimewa kerana masyarakat Cina juga turut mengamalkan adat dan
budaya kaum Melayu.
Mereka memahami budaya Melayu dan
mengamalkannya tanpa rasa janggal, Maka itu, orang Melayu sendiri tidak berasa
janggal untuk bersama-sama dalam sesuatu perayaan kaum Cina dengan batasan yang
tidak menyalahi agama.
Justeru, antara acara sambutan yang sering
melibatkan orang Melayu adalah perayaan Tahun Baharu Cina. Ia bukan sahaja
melibatkan rakyat, bahkan di kalangan pemimpin negeri. Jangan terkejut jika
bilangan pemimpin Melayu yang hadir pada majlis tersebut melebihi pemimpin Cina
sendiri.
No comments:
Post a Comment