Sunday 21 January 2024

KEBAIKAN MADU KELULUT

 
Madu kelulut memang kaya pelbagai khasiat dan memberi kesan kebaikan yang banyak kepada kesihatan.
 
Antara pembuktian melalui kajian saintifik mengenai kebaikan madu kelulut:
- Kajian kesan madu kelulut meningkatkan dopamin untuk kesihatan mental dan meningkatkan memori.
- Kajian in-vitro kesan madu kelulut dalam membantu perencatan hampir 50 peratus reseptor (tisu khusus yang sensitif terhadap rang­sangan tertentu) protein ACE2 yang dilihat berpotensi merencatkan patogenesis virus Sars-Cov2.
- Kajian kesan antiradang yang membantu dalam sistem imun untuk menghadapi jangkitan seperti selsema serta pencegahan penyakit kronik dalam kumpulan obes.
- Kajian kebaikan gula unik iaitu trehalulose yang hanya ada dalam madu kelulut dan menjadikannya rendah Indeks glisemik (GI).
- Kajian kandungan bakteria baik yang tinggi dalam madu kelulut yang baik untuk kesihatan perut.

No comments:

Post a Comment