Budak suka bermain lumpur. Tidak kisahlah
apa sebabnya. Kalau yang tinggal di kawasan sawah, menangkap ikan terpaling
mengembirakan.
Lumpur dan selut dikaitkan dengan tempat
kotor. Lebih-lebih lagi di kawasan laman rumah yang ada macam-macam. Kalau
macam itu anak-anak akan terdedah dengan kuman dan bakteria pembawa penyakit.
Sebenarnya banyak kebaikan anak-anak
bermain dengan lumpur, tanah, pasir atau sewaktu dengannya.
Tentu sekali, lumpur dan selut yang
dimaksudkan ialah di kawasan 'bersih'. Bersih tidak semestinya bebas semua
jenis kuman. Yang penting ia bukan tempat yang terlalu kotor.
Antara kebaikan bermain dengan lumpur,
selut, pasir atau tanah ialah:
Kurangkan tekanan. Bermain lumpur dapat
mengembalikan mood mereka menjadi lebih periang dan mengurangkan tekanan
(stress).
Kajian saintis telah mendapati bahawa
"kotoran" dari lumpur tersebut mengandungi bakteria mikrospik, yang
dipanggil 'Mycobacterium vaccae' yang dapat meningkatkan tahap 'serotonin' di
dalam otak dan membantu kanak-kanak berasa lebih rileks dan tenang.
Memupuk rasa cinta terhadap alam semula jadi.
Tentunya lumpur, selut atau pasir berada di luar rumah. Jdinya nanti secara tak
langsung anak-anak akan bermain dan meneroka alam semulajadi. Sambil main tanah
sambil kutip daun, ranting dan batu untuk hasilkan sesuatu dari imaginasi
mereka.
Percaya atau tidak, masih ada kanak-kanak
yang tak tau nak bezakan rumput betul atau rumput tiruan. Sebab tu la
pentingnya pendedahan dengan alam semula jadi ni.
Meningkatkan sistem imun badan. Kajian juga
mendapati kanak-kanak yang bermain dengan tanah lumpur atau selut bagus untuk
sistem imun mereka. Ini sebab kandungan bakteria mikrospik dan unsur lain yang
menyebabkan badan mengeluarkan antibodi.
Bebas berkreasi. Tak perlu susah-susah nak
uli tepung nak buat play doh, anak-anak pun boleh buat doh dia orang sendiri
tau. Bagi je tanah ngan air menjadi la nanti macam-macam hasil seni kreatif
anak-anak.
Masa ni kita tak payah ajar dah berapa
sukatan air dengan tanah atau pasir, nanti anak belajar sendiri dan mereka tak
terikat dengan sukatan untuk hasilkan ciptaan mereka.
Bermain sambil belajar. Kalau perasan masa
anak menyukat tanah dengan air tu, mereka sebenarnya dah belajar sains,
matematik, seni, geografi dan kemahiran lain. Walaupun anak hanya menyapu
lumpur kat muka pun dia belajar seni menconteng atau kalau anak tengah berlakon
dan anggap lumpur tu masker muka anak sebenarnya tengah merangsang otaknya
untuk berimaginasi.
Lebih bijak. Kenapa kajian mengatakan
bermain dalam lumpur boleh membuat anak anda lebih bijak? Ini kerana pembebasan
serotonin yang berlaku apabila kanak-kanak bermain di dalam lumpur yang
mengandungi 'Mycobacterium vaccae' itu juga telah menunjukkan peningkatan
fungsi kognitif.
Jadi, kepada ibu bapa, tunailah keinginan
anak-anak untuk bermain lumpur, selut, pasir dan tanah. Awasi dan perhatikan
mereka agar tidak keterlaluan dalam aktiviti itu. Yang penting jangan biarkan
mereka lakukan perbuatan berbahaya.
“So let your child be a child. Dirt
is good. If your child isn’t coming in dirty every day, they’re not doing their
job. They’re not building their immunological army. So it’s terribly
important.” - Mary Ruebush (author of Why Dirt Is Good)
No comments:
Post a Comment