Tanaman pisang tanduk (Musa spp) merupakan
satu jenis pisang yang semakin popular di kalangan petani di Malaysia. Umumnya
pisang tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya
seperti tanduk kerbau atau tanduk lembu menyebabkan ia diberi nama 'pisang tanduk'.
Pisang tanduk merupakan sejenis pisang yang
amat sedap digoreng atau dibuat makanan ringan iaitu kerepek pisang.
Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang
dalam sama ada ia jenis ringan serta sebaiknya adalah jenis tanah permukaan
rata. Tanah yang rata ini akan memudahkan pengurusan tanaman terutama untuk
menuai hasil. Secara umumnya keperluan suhu yang panas. Suhu yang rendah akan
memberi kesan yang negatif kepada proses pertumbuhan batang, daun dan
melewatkan kematangan pokok seperti dikawasan tanah tinggi.
Tanaman pisang tidak tahan air bertakung
dan oleh itu sebaiknya jangan tanam di atas tanah yang tidak ada saliran yang
baik. Jenis Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi
sesuai untuk pisang.
Selalunya dalam sistem tanaman pisang
secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman
berbatang tunggal sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan
kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya
pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah. Ia dinamakan
kaedah tanaman satu generasi sahaja.
Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang
semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap
6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai.
Pemangkasan aulur pisang tanduk adalah
sangat kritikal kerana pisang tanduk selalunya akan mengeluarkan banyak anak
sulur. Aktiviti membuang sulur pisang tanduk yang tidak dikehendaki dengan
tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun. Ianya juga akan
memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam
permakanan yang menyebabkan buah menjadi kecil.
Tanaman pisang tanduk memerlukan kayu
penyokong pokok terutama jika di kawasan yang mudah ditiup angin dan pokok yang
mudah diserang masaalah patah tengkok. Apa pun sebaiknya jika ada pokok yang
condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang
daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah pisang
tanduk yang berat, sedangkan batang pisang tanduk adalah kecil berbanding
dengan pisang lain.
Pokok pisang tanduk akan berjantung dalam
masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang tanduk boleh dikutip lapan minggu
kemudian. Pisang tanduk yang matang dipotong tandan dan sebaiknya jangan
dipotong setiap sisir atau setiap biji untuk memanjangkan masa penyimpanan.
Pisang yang dipotong ini diperam beberapa hari sebelum ianya bertukar kulit dan
isinya menjadi warna kekuningan.
No comments:
Post a Comment