Aktiviti
berkawat atau berkawad mampu bentuk disiplin, tatatertib, taat setia dan
kerjasama pelajar mahupun anggota badan beruniform.
Berkawat
adalah salah satu kaedah melahirkan individu cergas dan berdisiplin. Sebab itu,
pasukan beruniform yang mengutamakan kecergasan dan disiplin yang tinggi
mewajibkan setiap anggotanya berkawat.
Falsafah
kawat ialah melatih setiap anggota supaya cergas, berdisiplin, bermegah dengan
tatatertib, taat setia dan berkerjasama. Ciri-ciri itu menjadi lambang
kemegahan dan keistimewaan pasukan beruniform berbanding jabatan
lain.
Aspek
kecergasan lahir daripada aktiviti kawat yang agak lasak dan memerlukan
ketahanan fizikal dan mental. Anggota perlu melakukan pergerakan kawat di
tengah panas terik dalam tempoh masa yang panjang.
Pergerakan
kawat perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati untuk
melahirkan pergerakan yang padat yang mana sekiranya ia dilakukan sambil lewa,
pergerakan kawat tidak kelihatan kemas.
Pergerakan
tidak sepenuh hati juga akan mengubah tempo berkawat yang ditetapkan. Semua
pergerakan perlu dilakukan dengan serentak bagi setiap anggota yang berada
dalam perbarisan.
Justeru
itu, setiap anggota perlu cergas dan pantas, selain memberi perhatian terhadap
setiap arahan yang diberikan kerana jika lewat atau cepat hanya satu saat
berbanding dengan anggota lain akan menyebabkan pergerakan kawat menjadi cacat
dan tidak menarik.
Berdasarkan
ciri-ciri cegas dan disiplin yang dapat dibentuk melalui berkawat, mendorong
kebanyakan jabatan memperkenalkan asas-asas pergerakan kawat kepada pekerjanya.
Bahkan
dalam kebanyakan kursus dianjurkan oleh jabatan turut memperuntukkan masa atau
slot untuk peserta berkawat biarpun dalam tempoh masa yang singkat.
Latihan
kawat perlu diadakan berbulan-bulan jika hendak memastikan anggota dapat
berkawat dengan baik atau melakukan pelbagai pergerakan kawat.
Untuk
latihan asas kawat kepada peserta kursus singkat mereka sekadar dianjar seperti
sedia, senang diri, berjalan dan beberapa pergerakan lain yang sesuai untuk
sesuatu majlis.
Biarpun
sekadar pergerakan asas dan tidak memakai uniform, peserta kursus yang
mengikuti latihan kawat menunjukkan 'peningkatan' dari segi kecergasan dan
disiplin,".
Latihan
kawat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah (semua pelajar) dan pekerja di
jabatan kerajaan maupun swasta bagi meningkatkan kecergasan dan tahap disiplin.
Dengan
kata lain, berkawat memerlukan tahap disiplin yang amat tinggi. Setiap anggota
berkawat juga perlu memberi tumpuan 100 peratus kepada kawat yang sedang
dilakukan.
No comments:
Post a Comment