Wednesday 26 February 2020

KHASIAT BELUT TAMBAH TENAGA BATIN

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang. Bentuk badan yang panjang dan seakan-akan ular menyebabkan ada individu tidak makan belut kerana terbayangkan ular.

Belut hidup di air tawar seperti sawah, parit dan tasik. Namun ada juga spesis belut yang tinggal di air masim. Belut boleh hidup di darat asalkan berada dalam keadaan lembab atau basah.

Belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar.

Kandungan gizi belut antaranya sodium, protein, asid lemak tidak tepu omega-3, asid lemak tak tepu, total omega-6, vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), thiamin, ribofl avin, niacin, vitamin B6, folate, vitamin B12, asid pantothenic, choline, kalsium, zat besi, magnesium, fosfor, potassium, sodium, zink, mangan dan selenium.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, normalkan tekanan darah, haluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Namun begitu, ia juga perlu dimakan secara bersederhana kerana ia mengandungi kandungan lemak yang agak tinggi.

Khusus kepada pengidap buah pinggang adalah dipercayai di mana belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu sesuai untuk dimakan. 

Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah. Caranya limpa belut disalai dan ia kemudian dibakar hangus . Dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia.

Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap belut, dan kesukaran untuk mendapat yang hidup di kawasan habitat asal semulajadi, belut kini dipelihara di dalam kolam secara komersial.

Belut dimasak untuk dimakan sama ada dibuat sup, gulai, goreng mahupun dibakar. 

No comments:

Post a Comment