Thursday, 31 December 2020
PRODUK DARIPADA POKOK NIPAH
Monday, 28 December 2020
APAKAH DEFINISI MAKSUD JUS SOLI
Sunday, 20 December 2020
Kampung Jerek, Gua Musang semakin maju

Di dalam Mukim Jerek, lokasi tumpuan pembangunan ialah di Kampung Jerek. Biarpun jauh di pedalaman, Kampung Jerek turut menikmati pembangunan disediakan pihak kerajaan.
Kampung Jerek terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Gua Musang. Jarak dari Kota Bharu pula antara 170 kilometer sehingga 190 kilometer mengikut laluan yang dilalui.
Jarak Kampung Jerek ke Kota Bharu melalui Dabong - Jeli - Lalang Pepuyu - Rantau Panjang - Pasir Mas - Kota Bharu ialah 170 kilometer.
Manakala jarak perjalanan melalui Dabong - Jeli - Machang - Kota Bharu sejauh 180 kilometer.
Satu lagi laluan ialah Dabong - Sungai Sam - Kuala Krai - Kota Bharu pula sejauh 190 kilometer.
Pengakutan terawal untuk ke Kampung Jerek ialah melalui sungai dan kereta api. Terdapat stesen kereta api untuk perjalanan antara stesen dalam negeri iaitu Stesen Jerek Baru. Penggunaan kereta api banyak dimanfaatkan oleh pelajar sekolah.
Di Kampung Jerek terdapat kemudahan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Jerek. Manakala sekolah menengah pula Sekolah Menengah Tengku Bendahara. Terdapat juga sekolah tahfiz iaitu Sekolah Tahfiz Fakir Miskin dan Anak Yatim (SATYATIM).
Kemudahan lain terdapat di Kampung Jerek ialah Klinik Kesihatan Jerek, Perpustakaan Desa Jerek. Turut tersedia ialah masjid, dewan orang ramai, padang permainan dan kemudahan asas lain.
Saturday, 12 December 2020
DISIPLIN UMAT ISLAM MALAYSIA MENDAPAT PUJIAN
Thursday, 3 December 2020
SALAH AMBIL WARGANEGARA ASING TIADA PAS PEKERJA
Mengambil
pekerja warganegara asing yang tidak mempunyak pas pekerja yang sah boleh
dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen
1959/63.
Majikan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63, memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang digaji.
Dinasihatkan agar majikan mengambil pekerja yang mempunyai pas pekerja sah sahaja untuk diri dikenakan hukuman berat mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 itu.
Pihak berkuasa mengambil perhatian berat kesan pengambilan pekerja yang sah yang antara lain akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Selain itu, kehadiran bilangan pekerja tidak mempunyai pas pekerja yang sah tidak terkawal banyak mendatang masalah sosial dalam masyarakat. Mereka juga didapati banyak terlibat dengan kes jenayah sehingga menggusarkan keselamatan warganegara.
Friday, 20 November 2020
Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat barah usus
Pelawak
dan pelakon Pak Lah Cecupak yang telah meninggal dunia akibat menghidap penyakit barah usus. Pak Lah atau
nama sebenarnya Nur Affendi Nurdin, 53, disahkan mengidap penyakit barah
usus tahap empat sejak Julai lalu, mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur
Zahirah, Kuala Terengganu,
Selain menyanyi dan berlawak, Pak Lah yang berasal dari Perak juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.
Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.
Gambar: Pak Lah ketika dikunjungi ahli jawatankuasa SENIMAN yang prihatin dengan keadaan kesihatan dirinya. Foto IG Pak Lah Cecupak
Wednesday, 11 November 2020
JANGAN BIMBANG TENTANG HARI ESOK
Sunday, 1 November 2020
MELAGAKAN DUA PIHAK UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN DIRI
Menang jadi arang, kalah jadi abu. Maksudnya perbuatan yang mendatangkan keburukan kepada kedua-dua pihak biarpun ada pihak yang mendakwa menang atau lebih baik daripada pihak lain.
Pelagaan atau perkelahian sesama sendir tidak mendatangkan faedah. Amalan laga mendatangkan kerosakan dalam hubungan. Akibat perbuatan laga akan menyebabkan perpecahan, saling benci, dendam, fitnah dan perbuatan keji lain yang disukai syaitan.
Ada pihak suka menjadi pelaga dua pihak bertujuan untuk keuntungan diri sendiri. Perbuatan itu akan melemahkan kedua-dua pihak dan dengan cara itu dia akan mengambil alih kedudukan sebagai pihak paling berkuasa.
Sepatutnya, jika ingin kuat dan berkuasa, binalah kekuatan sendiri. Jangan sama sekali mengambil kesempatan atas kelemahan pihak lain, terutama mereka yang menjadi mangsa pelagaan.
Jangan kita menjadi pencetus kepada laga melaga. Amat buruk sikap suka melagakan sesama manusia. Ingatlah siksaan Allah SWT kepada mereka yang suka melaga-lagakan orang lain.
Al-Quran sebagai rujukan utama tamadun Islam sarat pelbagai mesej menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan ummah. Sesungguhnya semangat bersatu padu membentuk umat yang menjunjung dasar persaudaraan.
Allah berfirman bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara." (Surah Ali-Imran, ayat 103)
Al-Quran juga menunjukkan kesan buruk persengketaan supaya menjadi pengajaran yang tidak wajar diulangi sama ada melalui bentuk penceritaan atau pernyataan umum.
Dalam sambungan ayat itu, Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani) yang bercerai-berai dan berselisih (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas nyata (yang dibawa nabi Allah). Dan mereka yang bersifat sedemikian, akan beroleh azab seksa yang besar." (Surah Ali-Imran, ayat 105)
Golongan berpuak dan sering bersengketa diisyaratkan Allah sebagai mencontohi perbuatan golongan musyrik. Ini disebut dalam firman-Nya bermaksud: "Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal bakti) serta bertakwalah kamu kepada-Nya, dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna, dan janganlah kamu menjadi daripada mana-mana golongan orang musyrik. Iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka, mereka berselisih mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu)." (Surah ar-Rum, ayat 31-32)
Sesungguhnya kesatuan, kesepakatan dan perpaduan adalah faktor kepada pembentukan umat terbaik. Pengiktirafan Allah bahawa umat Islam adalah umat terbaik dijelaskan dalam al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad), adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran, ayat 110).
Sunday, 25 October 2020
BERTAUBAT MENYESALI PERBUATAN MUNGKAR
Sesiapa
melakukan dosa, maka perlulah dia bertaubat. Bertaubat bermaksud menyesali
perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan syarak. Taubat yang
sebenar-benarnya akan membersihkan diri seperti tidak pernah melakukan dosa
yang berkenaan.
Namun, ini tidak bermakna manusia boleh melakukan dosa dan kemudian bertaubat
secara suka-suka. Taubat yang tidak ikhlas atau hanya di mulut saja tidak
akan diterima.
Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada manusia agar memohon taubat kepada-Nya. Sesiapa pernah melakukan dosa tidak sepatutnya berputus asa untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dialah jua yang mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53).
Melakukan perbuatan dosa merupakan satu kezaliman terhadap diri sendiri di dunia dan di akhirat. Kezaliman itu menjadi semakin berat dan berambah jika tidak mahu bertaubat dengan segera untuk membersihkan diri.
Taubat boleh dilakukan sepanjang masa tanpa perlu menunggu usia tua atau pada hari tertentu sahaja. Sebaik-baik taubat ialah yang dilakukan sebaik selepas menyedari telah melakukan dosa. Tindakan itu dapat mengelak diri terbiasa melakukan dosa dan seronok mengulanginya hingga tidak mahu bertaubat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwanya itu dan rugilah orang yang mengotorinya (dengan kekotoran maksiat).” (Surah as-Syams, ayat 9 - 10).
Taubat melahirkan jiwa tenang, bersih dan tidak gusar. Apabila bertaubat dengan sebenar-benarnya, Allah SWT mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman. Taubat memperkuatkan takwa dan benci terhadap perbuatan dosa.
Sebenarnya amat penting kita melakukan taubat sebaik menyedari melakukan dosa. Cara itu dapat menyucikan titik hitam yang terbentuk di dalam hati setiap kali melakukan dosa. Jika tidak dibersihkan segera, titik hitam itu lama kelamaan menjadi satu tompok hitam yang sukar untuk disuci lagi.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat, meningggalka dan beristighfar, hantinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).
Semakin banyak tompokan hitam telah menutupi hati bermakna telah banyaklah perbuatan ingkar dilakukan.
Manusia yang telah tertutup hatinya sukar menerima kebenaran yang dijelaskan
kepada mereka. Sebaliknya mereka menyalah pihak lain mengapa perkara itu
terjadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sekali-kali tidak demikian (ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya), bahkan mata hati mereka diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab perbuatan (mungkar dan maksiat) yang mereka kerjakan.” (Surah al-Mutaffifin, ayat 14)
Tuesday, 13 October 2020
APA DICAKAP JADI CERMIN PERIBADI
Menjaga
lidah bukan saja tuntutan agama, bahkan fitrah manusia sukakan tutur kata yang
baik. Sebab itu adab bertutur diamalkan dalam semua masyarakat bertamadun. Aspek
ketelitian percakapan amat dititik beratkan sebagai lambang keperibadian murni.
Tutur kata yang baik diumpamakan seperti mutiara yang disukai semua orang. Ia menarik minat orang lain mendengarnya dengan perasaan yang ceria, kagum dan mengiyakan. Penuturnya disenangi dan diterima kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.
Beruntunglah sesiapa dapat menjaga kata-katanya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Hubungan baik dan mesra mudah terjalin dalam suasana percakapan yang baik yang mana tidak wujud perasaan prejudis atau syak mengenai perkara buruk.
Sesiapa sentiasa berkata yang benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan damai sentiasa. Dia tidak menanggung kerugian hidup akibat perkataan yang tidak baik.
Biasanya, kita mudah terlepas cakap apabila terlalu banyak bercakap. Di dalam mulut kita tidak ada ‘penapis’ untuk menjamin hanya perkataan baik dikeluarkan dari mulut. Sebab itu, cara terbaik untuk menjaga lidah daripada perkataan tidak baik ialah kurang bercakap atau bercakap perkara perlu sahaja.
Memang tidak dinafikan agak sukar berdiam diri terutama ketika berada dikelilingi ahli keluarga, kawan dan rakan setugas, takut nanti pula dikatakan sombong, tidak pandai bergaul dan anti sosial.
Dalam keadaan itu, bercakaplah dengan berhati-hati dan beristighfar di dalam hati agar dijauhkan daripada mengeluarkan perkataaan yang menyakiti hati orang lain. Bercakaplah hanya perkara yang perlu dan mendatangkan kebaikan.
Jika fokos perbualan pada masa itu lebih tertumpu kepada memperkatakan sesuatu yang buruk, elok kita meninggalkan tempat itu. Atau jika berkeupayaan, cuba halang topik itu dari terus diperkatakan. Cuba cari tajuk lain yang lebih mendatangkan kebaikan untuk diperkatakan.
Nenek moyang kita mengajar agar sentiasa berbudi bahasa, biarpun terhadap seseorang yang ingin ditegur kesilapannya atau orang buruk pekertinya. Orang Melayu biasanya menggunakan bahasa kias untuk menegur atau memperkatakan sesuatu tidak pasti.
Bahasa kias bermakna perkataan disebutkan tidak terus membawa maksud kepada apa hendak diucapkan. Maksud tersirat dalam bahasa kias amat kuat kesan di sebaliknya. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.
Sesungguhnya, jiwa orang Melayu cukap sensitif untuk memahami kata kias yang mempunyai maksud yang amat mendalam. Bagaimanapun, disebabkan dikiaskan, orang yang kena tuju perkataan itu tidak begitu tersinggung.
Malah, dalam rasa tidak senang masih boleh tersenyum, membuktikan keberkesanan kata kias menegur orang lain. Ia membuktikan ketelitian masyarakat dahulu dalam berkata-kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Wednesday, 7 October 2020
DOA MEMOHON MUDAH DAPAT REZEKI
Pernah tak kita terfikir kadang-kadang dalam hidup kita, rezeki seolah-olah sudah di depan mata, tetapi akhirnya tidak menjadi milik kita? Lazimnya, kita akan berbisik pada diri bagi menyejukkan hati "tak apa lah, bukan rezeki kita" walaupun ia dah di depan mata.
Berikut adalah beberapa contoh yang sering terjadi dalam kehidupan seharian kita seperti ketika hendak parkir kenderaan, ada ruang kosong depan mata, tapi tiba-tiba orang lain pula yang mengambil parkir itu.
Begitu juga dalam urusan perniagaan, ada ketikanya sudah ada orang nak beli produk kita, tetapi tiba-tiba mereka berubah fikiran dan membatalkan untuk membuat pembelian.
Ataupun kita sudah lulus temu duga untuk bekerja, tetapi tiba-tiba orang lain pula yang diambil bekerja dan yang terakhir yang sering berlaku dalam kehidupan harian ialah jika kita berkenan membeli baju, malangnya saiz pula tidak ada.
Pernah tak kita terfikir, mungkin selama ini kita hendak impian atau rezeki dekat dengan kita dan tidak minta untuk menjadi milik kita?
Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan semua pembaca supaya tidak melupakan kekuatan doa dan amalan solat sunat duha.
Doa selepas solat berkenaan yang berbunyi, 'Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu duha-Mu, kecantikannya kecantikan-Mu, keindahannya keindahan-Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, kekuasaannya kekuasaan-Mu, perlindungannya perlindungan-Mu.
'Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu duha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu.'
Ia adalah doa yang dipanjatkan ketika solat sunat duha dan waktu duha adalah antara satu waktu tenang ketika otak berada dalam gelombang alpha.
Saya bukanlah agamawan atau pandai dalam ilmu agama cuma ingin pembaca menambah sedikit ketika doa duha supaya tidak terhenti ketika melafazkan jika jauh, dekatkanlah. Sebaliknya tiada salah kita menambah satu lagi baris doa selepas jika jauh dekatkanlah, jika dekat jadikanlah ia milikku.
Kadang-kadang, benda yang sememangnya sudah dekat dengan kita tak tentu lagi akan menjadi milik kita. Maka dengan itu, mohonlah kepada Allah SWT supaya yang dekat itu menjadi milik kita dan secara tidak langsung minda kita akan terangsang untuk sentiasa dalam keadaan positif.
Bukannya apa, ada ketikanya, kita rasa rezeki itu sudah hendak sampai pada kita kerana ia ada depan mata namun ia akhirnya bukan milik kita. Justeru, ada baiknya kita mohon pada Allah SWT supaya yang sudah dekat itu menjadi milik kita. Pendek kata, benda itu sudah dikira 99 peratus menjadi milik kita namun ada saja perkara yang menghalang menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan.
Saya bukan hendak mengulas mengenai ibadat sunat itu kerana tiada yang salah dengan doa duha, hanya lakukan sedikit penambahbaikan supaya "yang dekat itu, menjadi milik kita. Ini kerana otak dan minda kita mendapat arahan yang jelas, oh, kita harus memiliki dan bukan hanya mendekati."
Saya berharap perkongsian ini serba sedikit membawa manfaat untuk semua pembaca dan menjadi amalan ketika mendirikan solat duha.
SALIN DAN TAMPAL
Sunday, 20 September 2020
DAFTAR SEBAGAI PEMILIH PENENTU MASA DEPAN AGAMA BANGSA
Sistem demokrasi Raja Berperlembagaan diamalkan di Malaysia, pemimpin atau pemerintah negara dipilih melalui Pilihanraya Umum (PRU) yang diadakan mengikut tempoh tertentu atau Pilihanraya Kecil (PRK) apabila berlaku kekosongan kerusi akibat kematian, letak jawatan atau hilang kelayakan.
Peluang memilih pemimpin tidak patut dipersia-siakan. Justeru, mereka yang
cukup syarat mendaftar sebagai pemilih perlu berdaftar dengan Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) perlu berbuat demikian.
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
(a)
Pendaftaran Baru:
SPR
menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih
buat pertama kali.
(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi:
SPR
juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan
alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat
Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat
baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat
tempat barunya itu.
SPR menjalankan tugasnya berdasarkan kepada Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Rakyat perlu mendaftarkan diri sebagai pemilih dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih apabila tiba masa pilihanraya. Fungsi pemilih penting untuk menentukan jatuh bangun agama dan bangsa.
Perkembangan terkini mendapati kadar peratusan orang Melayu mendaftar sebagai pemilih adalah kurang berbanding kaum lain, terutama Cina.
Tindakan tidak mendaftar sebagai pemilih amat merugikan, terutama bagi
memastikan orang Melayu terus berkuasa. Kejatuhan Melayu di Malaysia juga akan
menyebabkan kejatuhan kuasa Islam.
Jangan kita hanya menjadi jaguh berpolitik di media sosial, tetapi tidak menjadi jaguh penentu pemimpin negara pada pilihan raya disebabkan tidak mendaftar sebagai pengundi.
Friday, 4 September 2020
KAKI BODEK MELAKUKAN DUSTA
Friday, 21 August 2020
LONGAN PING PONG CEPAT BERBUAH

Wednesday, 29 July 2020
Ruthob Abu Atiyyah kurma segar Timur Tengah
Friday, 17 July 2020
SESUNGGUHNYA TUA ITU SATU ANUGERAH
Sunday, 28 June 2020
MELAYU YANG MALAS
Salah satu punca utama kemiskinan, iaitu kemalasan. Walaupun, kita sedar terdapat mereka yang miskin tapi rajin berusaha, cuma peluang belum muncul.
Golongan miskin tapi rajin tidak termasuk dalam apa yang hendak diperkatakan. Harap jangan ada yang tersalah sangka. Mereka terkecuali dari perbincangan. Ini terutama anak-anak yang miskin disebabkan keadaan keluarga, mereka yang ditimpa bencana, kekurangan peluang dan seumpamanya. Golongan ini, jika mereka rajin berusaha, suatu hari nasib mereka akan berubah.
Majlis Agama Islam di negeri-negeri telah menyediakan terlalu banyak program untuk memajukan asnaf dengan membekalkan mereka kemahiran dan modal. Ratusan juta dibelanjakan untuk pelbagai latihan dan pendidikan supaya kehidupan asnaf berubah dan mampu berdiri sendiri.
Alhamdulillah, banyak juga yang berjaya. Banyak yang sudah tidak miskin lagi, khususnya yang muda. Namun, golongan pemalas juga masih banyak.
Peluang pekerjaan dicari dan diberikan. Seminggu dua mereka bekerja, kemudian mereka lari. Macam-macam alasan diberikan. Itulah syaitan kemalasan yang menguasai urat nadi sebahagian manusia.
Mengisahkan hal ini memang merobek perasaan kita sendiri. Namun, suka atau tidak suka, kita kena akur bahawa bukan sedikit ‘Melayu yang malas’.
Dalam masa yang sama, juga memang akur ramai juga Melayu yang rajin dan berjaya. Namun, kita tidak boleh nafikan masih ramai orang kita sangat pemalas. Inilah juga sebabnya, kita gagal dalam bersaing dengan pihak lain. Akhirnya, kita hanya menyalahkan pihak lain semata, lalu melupakan penyakit malas yang ada dalam masyarakat kita.
Saturday, 13 June 2020
POKOK LIDAH JIN ADA RACUN
Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif Saponin. Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.
Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini.
Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
Pokok lidah jin atau nama saintifiknya "Sansevieria trifasciata" merupakan pokok hiasan yang telah lama ditanam di halaman rumah di negara kita. Kalau tak percaya, cuba tanya mak atau nenek ketika balik kampung nanti.
Pokok lidah jin mudah ditanam dan mudah membiak. Tidak perlu kerap disiram dan boleh hidup subur biarpun kurang mendapat pancaran sinar matahari. Sesuai ditanam di dalam pasu mahupun di atas tanah.
Selain nama pokok lidah jin, ia juga dikenali dengan nama lidah mak tertua. Tidak pasti apa kaitan lidah jin dengan lidah mak mertua!
Pokok lidah jin mendapat perhatian apabila tular dalam media sosial kerana diiktiraf oleh agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) sebagai tumbuh-tumbuhan yang berupaya menghilangkan toksin dan menapis udara di dalam rumah.
Sejak itu, pokok ini diburu sehingga menyebabkan harganya naik berlipat ganda. Pokok yang diletakkan di luar rumah menjadi sasaran pencuri atau peminatnya yang tidak mampu membelinya kerana harga sehingga mencecah lebih RM100 satu pasu yang hanya mengandungi beberapa pokok.
Walau bagaimanapun, Public Health Malaysia (PHM) menyanggah kenyataan mengatakan pokok lidah jin mampu menghilangkan toksin dan menapis udara di dalam rumah seperti yang tular dalam media sosial.
Sebenarnya, penemuan kajian oleh NASA hanya untuk ruang tertutup di dalam kebuk udara makmal.
Sebaliknya, dalam ruang pejabat atau bilik bersaiz 3.1m x 3.1m x 2.4m, anda memerlukan 1,000 jenis tumbuhan untuk bertindak untuk menapis udara secara berkesan!
Ini bermakna jika sekadar ada dua tiga pasu pokok lidah jin dalam bilik, anggap sahaja ia tidak memberi apa-apa kesan untuk menapis udara dan toksin.
Namun, walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, niat untuk menanamnya tidak seharusnya terbantut. Pokok hiasan dan persekitaran yang baik terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian.
Jadi, jika hendak memiliki atau menanam pokok lidah jin sekarang ini sukar mendapatkannya, pilihlah pokok lain yang tidak kurang juga cantiknya.
Sunday, 17 May 2020
KAMPUNG BAHAGIA, KUALA KRAI
Nama Kampung Berhala Lama ditukarkan kepada nama Kampung Bahagia untuk mengelak maksud buruk dan pemilihan nama ‘bahagia’ diharapkan memberi kemakmuran, kesejahteraan dan kesenangan kepada penduduknya.
Satu lagi pilihan ialah dengan menyeberang Sungai Kelantan menggunakan feri di Pasir Kelang sebelum melalui jalan ladang menuju ke Kampung Bahagia yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah hingga dua jam.
Biarpun Kampung Bahagia agak terpencil dan sukar dikunjungi, namun penduduk kampung berkenaan mendapat kemudahan dan diberi perhatian sewajarnya.
Thursday, 19 March 2020
TUKAR MINYAK ENJIN SECARA BERKALA
Anda juga boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”.
Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.
TUKAR PALAM PENCUCUH SPARK PLUG
JENIS BATERI KENDERAAN SEL KERING DAN BASAH
Bagi sel basah anda perlu sering membuat pengisian semula air suling bateri dalam tempoh 2 tahun. Jika bateri sel basah menjadi kering, bateri tersebut akan kehilangan cas selepas hanya 6 bulan.
Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya agak berbanding bateri lain.
Jika anda mengalami masalah menghidupkan enjin, mungkin sekali masalah tersebut berpunca daripada bateri yang telah kehilangan cas.
PEMERIKSAAN BERKALA CAKERA BREK KENDERAAN
Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada piring belakang (backing plate), pad perlu diganti. Kadar kehausan ketebalan pelapik brek yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm).
Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil kesan kerosakan kedua. Antaranya cakera brek akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, cakera brek akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan kurang keberkesanan sistem brek.
Tuesday, 10 March 2020
Minta kerajaan carikan jodoh
Saturday, 7 March 2020
KETIKA HATI SEDANG GEJOLAK
Sunday, 1 March 2020
KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG
- Menguruskan badan. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
- Melancarkan sistem pencernaan. Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
- Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser. Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
- Perawatan kecantikan. Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
- Tubuh lebih segar dan sihat. Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
- Menyihatkan jantung. Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
- Ubat kepada penyakit strok. Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Wednesday, 26 February 2020
KHASIAT BELUT TAMBAH TENAGA BATIN
Belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar.
Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
Jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, normalkan tekanan darah, haluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
Namun begitu, ia juga perlu dimakan secara bersederhana kerana ia mengandungi kandungan lemak yang agak tinggi.