Istilah bodek bermaksud memuji-muji bukan sebenarnya. Situasi ini sering berlaku di pejabat. Pekerja yang kaki bodek sanggup mengiyakan atau memuji-muji pihak atasan, sedangkan itu bohong semata-mata.
Orang melakukan bodek bertujuan mengambil hati pihak atasan bagi tujuan mudah naik pangkat, diberi keistimewaan atau apa-apa yang dihajati. Dia memberi pujian bukan kepada orang yang berhak menerimanya. Sebaliknya orang yang tidak bersalah pula dikaitkan sama agar menampakkan kehebatan pujian itu.
Amalan bodek ditegah dilakukan. Rasulullah SAW pernah menyuruh agar orang yang suka membodek ditaburkan debu di mukanya. Dari Abu Hurairah katanya: “Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ampu.” (Riwayat Ibnu Majah).
Amalan bodek menimbulkan pelbagai masalah dengan rakan sekerja yang lain. Tambah lagi jika melibatkan pula fitnah dan menyebarkan khabar angin mengenai rakan sekerja. Hal ini menyebabkan berlaku penindasan, pilih kasih dan tidak adil.
Jaga
lidah satu amanah Allah yang paling sukar dijaga. Banyak orang gagal menjaga
lidahnya daripada memperkatakan perkara yang ditegah. Perbuatan memfitnah, mengumpat,
perkataan kotor, berkelahi, sumpah bohong dan sebagainya banyak dilakukan
melalui rongga mulut yang dikawal oleh lidah.
Banyak
orang berjanji melalukan kebaikan, tetapi diselit perkataan dusta. Mengaku
melakukan perkara baik, malangnya terkeluar ucapan umpama racun mematikan apa
yang hidup.
Fikirkan,
ketika kita berkata-kata untuk melakukan kebaikan, seringkali ungkapan buruk
yang terkeluar, inikan pula jika memang bernada fitnah.
Nabi
Muhammad memberi peringatan agar kita bercakap kena pada tempat dan betul pada
masanya. Adakalanya kita bercakap mengenai sesuatu yang betul tetapi tidak kena
pada tempat atau masanya.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Jangan kamu berbicara dengan sesuatu perkara yang tidak
terjangkau oleh pemikiran sesuatu kaum kerana nescaya ia akan menimbulkan
fitnah semata-mata.” (Hadis riwayat Muslim).
Oleh
itu amat penting ketika bercakap mestilah timbul dari hati yang ikhlas dan rasa
ketakwaan. Setiap patah perkataan yang diucapkan adalah tanggungjawab yang akan
disol pada akhirat kelak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
badan binasa.
Dalam
hadis lain pula dikatakan tidak lurus (sempurna) iman seseorang yang tidak
lurus pada lidahnya.
Hadis
diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya bermaksud: “Tidak akan lurus iman seseorang
hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehinggalah
lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi
tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”
No comments:
Post a Comment