Thursday 3 December 2020

SALAH AMBIL WARGANEGARA ASING TIADA PAS PEKERJA

Mengambil pekerja warganegara asing yang tidak mempunyak pas pekerja yang sah boleh dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63.

Majikan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63, memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang digaji.

Dinasihatkan agar majikan mengambil pekerja yang mempunyai pas pekerja sah sahaja untuk diri dikenakan hukuman berat mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 itu.

Pihak berkuasa mengambil perhatian berat kesan pengambilan pekerja yang sah yang antara lain akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Selain itu, kehadiran bilangan pekerja tidak mempunyai pas pekerja yang sah tidak terkawal banyak mendatang masalah sosial dalam masyarakat. Mereka juga didapati banyak terlibat dengan kes jenayah sehingga menggusarkan keselamatan warganegara.  


No comments:

Post a Comment