Wednesday 8 December 2021

KEKUATAN AURA MAMPU TARIK PERHATIAN

 
Kita semua mungkin pernah mengalami situasi ini. Bertemu seseorang buat kali pertama dan tiba-tiba timbul sama ada perasaan kurang senang atau tidak selesa dengannya.

Pada ketika yang lain pula, kita menjadi sebaliknya apabila sangat menyukai seseorang walaupun baru mengenalinya.

Segala tindak-tanduknya okey dan menyenangkan, penampilannya baik-baik sahaja di mata kita, bahkan kita boleh jatuh suka terhadap apa-apa sahaja yang datang darinya.

Dua contoh kes berbeza di atas menggambarkan adanya interaksi aura atau medan tenaga di antara seseorang dengan yang lain.

Kekuatan aura dikaitkan dengan kemampuan dan kejayaan seseorang. Apa itu aura?

Mengikut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat, aurat bermaksud suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang atau sesuatu.

Manakala bagi golongan yang mengkaji ilmu aura, aura digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energi atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. 

Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya.

Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang.

Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Kesimpulannya aura berfungsi sebagai perisai diri kepada manusia dari ditembusi oleh gelombang-gelombang yang negatif dan yang membahayakan tubuh manusia. 

No comments:

Post a Comment