Politik dan kenegaraan adalah perkara besar
diambil perhatian dalam Islam. Parti politik adalah platform untuk melahirkan
pemimpin mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat dan alatnya adalah menerusi
pemilihan parti serta pilihan raya.
Ahli politik adalah sebahagian daripada
pihak bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran negara sama ada pada pihak kerajaan
atau pembangkang.
Pemimpin mesti di kalangan mereka yang kua
fizikal dan mental. Perlu bijak mengendali isu dan mendepani cabaran yang wujud
berkaitan dengan kepimpinan. Tidak melakukan perkara yang bersifat “bodoh” dan “sombong”.
Seorang pemimpin tidak sepatutnya banyak
menghabiskan masa dan terjebak dengan perbuatan menyindir, mengejek atau
mengungkit sejarah pihak lawan.
Untuk kelihatan hebat, perkara utama perlu
ditonjolkan ialah kemampuan diri, bukan kelamahan musuh politik. Perkara kecil
diperbesarkan sehingga menghabiskan masa. Ini semua merugikan negara dan
rakyat.
Pemimpin tidak perlu taasub dan fanatik
kepada parti tanpa berpihak kepada kebenaran. Memang kena hormat kepada
pemimpin atasan dan keputusan parti, tetapi bukan taasub tidak berfakta. Ia tidak
menjadikan kebenaran sebagai asas. Ini merugikan negara dan rakyat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak
ada kewajipan taat dalam rangka bermaksiat (kepada Allah). Ketaatan hanyalah
dalam perkara makruf (bukan maksiat)". (Hadis riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment