Sunday, 8 February 2026

KEINDAHAN DA NANG, VIETNAM

 
Da Nang adalah destinasi pelancongan popular di Vietnam. Ia mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri.

Da Nang juga merupakan pintu masuk utama ke tempat tarikan terkenal lain seperti Hoi An yang bersejarah dan Hue yang terkenal dengan warisan diraja. 

Dengan kemudahan pengangkutan moden, hotel yang selesa dan infrastruktur pelancongan yang baik, pelancong tidak perlu risau untuk menerokai Da Nang. .

Antara tempat  menarik di Da Nang ialah Bach Dang Street terletak di sepanjang Sungai Han.  Ia menawarkan pemandangan indah jambatan-jambatan ikonik seperti Dragon Bridge dan Han River Bridge. 

Sepanjang jalan ini, terdapat banyak kafe dan restoran di mana anda boleh berhenti menikmati kopi Vietnam atau mencuba makanan tempatan. 

Kalau hendak pengalaman lain, anda juga boleh menaiki bot pelayaran (cruise) pada waktu malam di Sungai Han untuk menikmati pemandangan bandar ini dari sudut yang berbeza. 

Kadangkala, di sekitar kawasan ini ada persembahan muzik atau aktiviti jalanan yang diadakan bagi menambah lagi kemeriahan suasananya. 

Waktu terbaik untuk berkunjung ke sini bagi merasai suasana kemeriahannya ialah pada hujung minggu, lewat petang sehingga malam. 

No comments:

Post a Comment