Permohonan kemaafan bukan satu pembelaan
dari segi undang-undang dalam perundangan jenayah. Tindakan yang bersalahan dengan undang-undang itu tidak akan terselesai atas
alasan memohon maaf.
Membangkitkan isu memecah
belah, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja
adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Walaupun kebebasan bersuara adalah hak
Perlembagaan setiap warga Malaysia mengikut Perkara 10(1)(a) Perlembagaan
Persekutuan, namun ia tertakluk kepada Perkara 10(2) Perlembagaan bagi
memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.
Sesiapa sahaja yang membangkitkan isu
yang membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi
Raja-Raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi
undang-undang.
No comments:
Post a Comment