Lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road – CSR) merupakan salah satu komponen di bawah Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia telah dipertanggungjawabkan kepada pasukan
projek JKR untuk reka bentuk, pelaksanaan pembinaan dan pemantauan sepenuhnya.
Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama melibatkan
skop kerja membina jalan baharu serta menaik taraf jalan sedia ada (FT08 &
FT09) daripada 2 lorong kepada 4 lorong berkembar mengikut piawai JKR R5.
Pembinaan melibatkan 6 pakej yang dibuat
secara berperingkat-peringkat. Jadi pembukaan untuk kegunaan awam juga dibuat
secara berperingkat-peringkat sebaik ia siap.
Laluan terbaharu dibuka kepada pengguna
ialah pada 25 Jun 2023. Di mana laluan berkenaan melibatkan keseluruhan jajaran
jalan di dalam CSR Pakej 5B dan sebahagian jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5A,
melalui susur keluar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub.
Secara keseluruhan, Projek CSR dibahagikan
kepada enam (6) pakej utama iaitu:
Pakej 1: Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit,
Kelantan (47km)
Pakej 2: Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang,
Kelantan (59km)
Pakej 3: Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala
Lipis, Pahang (93.8km)
Pakej 4: Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub,
Pahang (50km)
Pakej 5: Raub ke Bentong, Pahang (54km)
Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangai,
Pahang (47.5km )
No comments:
Post a Comment