Menjadi
polimik apabila ada yang mempertikaikan mengapa perlu mengambil gambar dan
memuat naik di media sosial menunjukkan sedang menyampaikan derma atau bantuan
kepada golongan miskin.
Perbuatan
itu dipertikan kerana perbuatan itu menimbulkan riak yang amat ditegah oleh agama,
seterusnya menyebabkan tiada pahala diperoleh daripada derma itu, bahkan akan menimbulkan
dosa.
Keduanya,
perbuatan memuat turun itu boleh menyebabkan aib kepada penerima dan ahli
keluarganya.
Bagi
individu yang memuat naik gambar sedang menyampaikan sedekah atau apa-apa
kebaikan yang dilakukan di media sosial adalah bertujuan sebagai ‘rekod’
aktiviti dan diharapkan ia akan menjadi contoh kepada orang lain untuk turut
sama melakukan perkara yang sama.
Bahkan
bagi individu dan NGO yang kerap melakukan program membantu orang susah, memuat
naik gambar di media sosial adalah cara mendapatkan sumbangan orang ramai untuk
diserahkan kepada yang memerlukan.
Banyak
individu dan NGO yang terlibat dengan aktiviti membantu orang ramai sebenarnya
mendapat dana daripada pihak lain. Jadi, aktiviti mereka perlu dikongsikan
kepada umum untuk menarik lebih banyak penyumbang.
Apa
pandangan berkenaan perkara ini, apa yang penting ialah sumbangan itu dapat disampaikan
dan memberi manfaat kepada penerima. Jaga adab dan jangan keterlaluan memuat
naik gambar di media sosial sehingga menampakkan sesuatu yang mengaibkan.
Tentang
perasaan riak dan sombong, itu terpulang kepada sikap penyumbang. Kalaupun
tidak memuat naik di media sosial, jika apa yang dilakukan itu bukan
semata-mata kerana Allah, ia tetap tidak mendapat balasan pahala.
Tidak
ditegah menunjukkan perbuatan sedekah kepada orang ramai, kerana ia ada
kebaikannya. Dan, adalah baik tidak mendedahkan kepada umum kerana itu adalah lebih
baik.
Firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud: “Jika kamu
menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya
dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan
Allah akan menghapus sebagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Maha Teliti apa
yang kamu kerjakan.”
No comments:
Post a Comment