Islam
meletakkan beberapa syarat bagi melayakkan seseorang diangkat sebagai pemimpin.
Apatah lagi sekiranya mahu diangkat menjadi pemimpin peringkat negeri atau
negara.
Masyarakat
Islam seharusnya menjadikan prasyarat untuk mengangkat seseorang pemimpin
berdasarkan kriteria yang digariskan agama. Islam sangat menegah menyerahkan
kepemimpinan kepada mereka yang tidak beramanah.
Rasulullah
SAW menegaskan: “Sesiapa yang melantik seseorang petugas dari pada kalangan
orang-orang Islam, sedangkan dia mengetahui daripada kalangan orang-orang Islam
itu masih ada orang yang lebih utama daripadanya, malah lebih mengetahui
tentang kitab Allah dan sunah Rasul-Nya sesungguhnya telah mengkhianati Allah,
Rasul dan juga seluruh orang yang beriman.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Kepemimpinan
dalam Islam bukan sekadar kontrak perjanjian yang termetri di antara seorang
pemimpin dengan masyarakat di bawah pimpinannya, tetapi juga merupakan satu
ikatan perjanjian yang suci antaranya dengan Allah dalam menjunjung titah dan
perintah Ilahi dan menjauhi daripada segala larangan-Nya.
Seorang
pemimpin yang sebenar akan berkhidmat kerana Allah dan akan berjuang menegakkan
keadilan Islam demi kesejahteraan hidup rakyatnya.
Sedangkan
salah satu sifat orang yang berjaya ialah orang yang menepati dan menunaikan
amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sebagaimana.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.” ( Surah
al-Mukminun, ayat 8).
Oleh
itu pemimpin adalah seorang yang menjaga amanah bukannya bukan seorang yang
mengkhianati kepimpinannya dengan menyelisihi janjinya.
Khianat
adalah sifat terlaknat dan penghancur seluruh umat. Ia menjadi punca kepada
kaum terdahulu ditimpa azab yang amat berat.
Rasulullah
SAW memberi amaran yang amat keras kepada pengkhianat. Baginda Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu dipasang
bendera di belakangnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat mengikut tahap
kedahsyatan khianatnya. Ketahuilah bahawa tiadalah pengkhianat yang lebih besar
pengkhianatannya selain daripada (pengkhianatan) pemimpin rakyat.” (Hadis
riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment