Tuesday, 16 March 2021

PEMIMPIN GAGAL AMAL PENJARAKAN FIZIKAL

Untuk memutuskan penyebaran wabak COVID-19 ialah dengan mengamalkan penjarakan fizikal. Jarak yang perlu dijaga ialah 1 meter. Lebih jauh dapat dilakukan, lebih baik.

Hendak anggar jarak 1 meter ialah jika diluruskan tangan ke hadapan ia tidak akan menyentuh orang atau objek di hadapan.

Kalau kedudukan seperti di dalam gambar, itu tidak mematuhi penjarakan fizikal yang ditetapkan oleh SOP COVID-19.

Malang sekali, amalan penjarakan fizikal gagal dipatuhi kebanyakan penduduk Malaysia, termasuk di kalangan pemimpin. Pemimpin banyak memperkatakan kepentingan penjarakan fizikal sebagai salah satu SOP COVID-19, gagal menunjukkan tauladan yang baik.

Mereka bukan sahaja melakukan perbuatan yang dianggap seperti ketam mengajar anak berjalan betul, bahkan bangga pula untuk dipertontonkan di media sosial kepada rakyat kesalahan yang dilakukan itu.

Harapnya pemimpin jadi contoh melakukan kebaikan, bukan mempamerkan ego mereka kebal undang-undang. 

 

No comments:

Post a Comment