Sunday 28 February 2021

KRT BANTU TANAM SEMANGAT CINTA NEGARA

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

Skim Rukun Tetangga ditentukan mengikut sektor yang turut dikenali kawasan atau komuniti sebagai satu unit pentadbiran di peringkat kampung, mukim atau taman perumahan. Setiap unit dikenali KRT atau Komuniti Rukun Tetangga.

Peranan KRT dalam membentuk semangat kekitaan yang tinggi oleh rakyat dan saling membantu dalam komuniti dukung usaha kerajaan dalam sesuatu dasar atau matlamat.

Pada situasi kini, usaha KRT banyak memberi kejayaan dalam memerangi COVID-19. Cabaran dihadapi negara sejak COVID-19 melanda dunia telah menyerlahkan kepentingan KRT dalam kalangan masyarakat.

Tidak dinafikan semenjak ditubuhkan, KRT telah berjaya membentuk kerjasama di kalangan komuniti dalam menangani isu-isu sosial di kawasan setempat untuk melahirkan komuniti yang sejahtera.

Justeru, adalah diseru agar setiap ahli KRT terus berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam menjayakan usaha murni ini supaya negara kita dapat merealisasikan agenda perpaduan nasional.

Pada masa ini terdapat 8,274 KRT di seluruh negara dengan keahlian 248,220 orang.

No comments:

Post a Comment