Friday, 17 July 2020

SESUNGGUHNYA TUA ITU SATU ANUGERAH


Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisi ‘tua’ sebagai sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah beumur.

Persoalannya, umur berapa dikategorikan sebagai ‘tua’? Adakah umur 50 tahun dan ke atas dikira sudah masuk usia tua? Ada juga mengaku diri tua hanya apabila masuk usia 60 tahun, usia persaraan di negara kita. Sebelum ini usia persaraan adalah 55 tahun, jadi tualah selepas usia itu. Bagaimanapun pula jika usia persaraan dinaikkan? Adakah kategori usia tua juga akan ditambah?

Dengan kata lain, definisi tua itu amat subjektif. Kita sendiri boleh tentukan sama ada kita telah tua atau belum. Kitalah yang merasai dan melaluinya.

Hakikatnya, tua itu adalah anugerah. Tidak semua orang sempat menjenguk usia tua. Usia tua tentu sekali tidak sama dengan ketika usia muda. Jauh bezanya.

Ambo salin dan tampal catatan seorang sahabat di FB mengenai tua:

Mulanya sakit urat je..lama kelamaan jadi sakit sendi. Dari sendi buku lali merebak ke sendi lutut. Sekarang bertambah pula ke sendi tumit. Ubat dan makan pantang pun dah diamalkan namun penyakit tak juga jalan. Nak solat pun susah terkial² menahan sakit. Nampaknya satu demi satu kelebihan yg dulunya kini bertukar jadi kekurangan. Bila sebut pasal sakit semua jenis sakit berbeza penderitaannya. Sakit gigi pun sakit sakit kepala pun sakit sakit perut pun sama. Pendek kata semua sakit ada kadar kesakitannya. Tiada kayu ukur utk mengukur sakit apa yg paling sakit..cuma kata seorang kawan sakit yg paling sakit adlh sakit tengkuk...sebabnya paling je rasa sakit.

Walau apa pun inilah pengalaman manis menjadi tua kerana yg tak sempat tua tu tak akan melalui ini semua.

Sesungguhnya tua itu anugerah!

No comments:

Post a Comment