Kerajaan
mengambil langkah memerangi kemalasan sebelum cuba mengatasi kemiskinan. Insan
kurang upaya, orang tua yang uzur, orang yang ditimpa bencana, anak-anak yang
masih kecil dan seumpama yang hidup dalam lingkungan kemiskinan, mereka
mempunyai keuzuran dan alasan.
Golongan
ini patut diutamakan. Adapun yang berbadan sihat yang meminta-minta atas alasan
tiada kerja, golongan ini mesti disemak. Mereka ini sering menjadikan anak-anak
kecil mereka alasan kukuh untuk mereka mendapat bantuan. Malangnya, sebahagian
mereka mengambil kesempatan untuk bertambah malas dengan bantuan yang
diberikan.
Salah
satu punca utama kemiskinan, iaitu kemalasan. Walaupun, kita sedar terdapat
mereka yang miskin tapi rajin berusaha, cuma peluang belum muncul.
Golongan
miskin tapi rajin tidak termasuk dalam apa yang hendak diperkatakan. Harap
jangan ada yang tersalah sangka. Mereka terkecuali dari perbincangan. Ini
terutama anak-anak yang miskin disebabkan keadaan keluarga, mereka yang ditimpa
bencana, kekurangan peluang dan seumpamanya. Golongan ini, jika mereka rajin
berusaha, suatu hari nasib mereka akan berubah.
Majlis
Agama Islam di negeri-negeri telah menyediakan terlalu banyak program untuk
memajukan asnaf dengan membekalkan mereka kemahiran dan modal. Ratusan juta
dibelanjakan untuk pelbagai latihan dan pendidikan supaya kehidupan asnaf
berubah dan mampu berdiri sendiri.
Alhamdulillah,
banyak juga yang berjaya. Ramai yang sudah tidak miskin lagi, khususnya yang
muda. Namun, golongan pemalas juga masih banyak.
Peluang
pekerjaan dicari dan diberikan. Seminggu dua mereka bekerja, kemudian mereka
lari. Macam-macam alasan diberikan. Itulah syaitan kemalasan yang menguasai
urat nadi sebahagian manusia.
Mengisahkan
hal ini memang merobek perasaan kita sendiri. Namun, suka atau tidak suka, kita
kena akur bahawa bukan sedikit ‘melayu yang malas’.
Dalam
masa yang sama, juga memang akur ramai juga Melayu yang rajin dan berjaya.
Namun, kita tidak boleh nafikan masih ramai orang kita sangat pemalas. Inilah
juga sebabnya, kita gagal dalam bersaing dengan pihak lain. Akhirnya, kita
hanya menyalahkan pihak lain semata, lalu melupakan penyakit malas yang ada
dalam masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment