Ayam piru adalah sejenis spesies burung bersaiz
besar. Antara ciri pengenalan ialah balungnya yang bergantung pada lehernya.
Ayam piru atau nama saintifiknya, meleagris
gallopavo kini semakin mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha
hotel di negeri ini ketika menyambut beberapa perayaan.
Untuk memenuhi permintaan tinggi itu ada
penternakan ayam piru dilakukan dalam sekala besar. Penternakan ayam piru di
negara kita dapat mengurangkan penggantungan yam piru yang diimport dari luar
negara khususnya Australia.
Selain tertarik dengan saiz yang besar untuk
kemeriahan sambutan sesuatu perayaan, ayam piru menjadi pilihan kerana ia kurang
kolesterol selain mempunyai pelbagai khasiat lain.
Tempoh matang ayam piru mengambil masa
antara enam hingga tujuh bulan sebelum boleh disembelih dan harganya agak
tinggi sedikit berbanding produk ayam lain kerana penjagaannya memerlukan
penelitian rapi.
Ayam piru segar dijual pada harga serendah
RM25 hingga RM28 sekilogram. Harga itu dianggap berbaloi dan penternak mendapat
keuntungan sewajarnya.
Industri penternakan ayam piru secara
komersial semakin memberangsangkan mendorong lebih banyak pengusaha
menceburinya.
No comments:
Post a Comment