Friday, 6 January 2023

MAKSUD BULI SIBER

 
Buli siber satu bentuk buli di alam siber. Buli siber merupakan perbuatan menghantar mesej dan imej menerusi telefon pintar atau komputer melalui aplikasi media sosial dengan tujuan untuk bermusuh dan ugutan
 
Buli siber dapat difahami iaitu apa sahaja dihantar oleh pihak lain sedangkan penerima tidak mahu kepada kandungan tersebut dan tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan pengirim itu.
 
Kandungan itu mungkin termasuk ancaman, ulasan seksual, ucapan kebencian, penghinaan, kenyataan palsu dan sebagainya.
 
Buli siber dapat mendedahkan data peribadi mangsa seperti nama sebenar, alamat, atau tempat kerja di laman web atau forum atau dapat menyamar sebagai pengenalan mangsa untuk tujuan menerbitkan bahan dalam nama mereka yang menfitnah atau memalukan mereka.
 
Sesetengah pembuli siber dapat juga mengirim kandungan yang mengancam dan mengganggu berterusan, sementara yang lain mengirimkan khabar angin atau umpatan dan menghasut lain untuk tidak menyukai dan berkomplot terhadap sasaran.
 
Penyelidikan yang dilakukan oleh sebuah pusat kajian teknologi, mendapati Malaysia adalah negara kedua tertinggi mempunyai masalah buli siber di Asia selepas India.
 
Malaysia juga dilabelkan sebagai negara yang mempunyai masyarakat agresif dalam talian. 
 
Dalam satu kajian lain, Malaysia diklasifikasikan sebagai salah satu negara paling konservatif secara moral di dunia, namun masyarakat negara ini boleh menjadi pembuli yang kejam dalam alam siber.
 
Boleh dikatakan sesetengah masyarakat menganggap buli siber adalah perkara normal dan mereka tidak berasa bersalah menjadi penonton mahupun pembuli siber. 
Banyak dalam kalangan masyarakat menyedari buli siber adalah satu tindakan buli dan rata-rata tidak pernah serta tidak akan membuli secara fizikal.
 
Akan tetapi, dalam talian, seseorang itu tidak teragak-agak untuk membuli individu lain. Mereka akan pantas memberi komen, berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan tujuan memalukan mangsa.
 
Acap kali kata-kata kesat dilemparkan terhadap orang lain tanpa memikirkan akibat tindakan sedemikian terhadap mangsa. 
 

No comments:

Post a Comment