Wednesday 11 January 2023

MASJID MUKIM PANJI, KOTA BHARU

 
Masjid Mukim Panji terletak di Kampung Panji, Jalan Panji, Kota Bharu, Kelantan. Mungkin ada yang keliru dengan perkataan ‘panji’ kerana banyak yang menggunakan perkataan tersebut bagi kawasan di sekitarnya.
 
Perkataan ‘panji’ adalah nama kampung, nama mukim dan nama daerah di Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Jadi, banyak yang dikaitkan dengan ‘panji’.
 
Masjid Mukim Panji mempunyai satu menara dan satu kubah. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.
 
Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa.

No comments:

Post a Comment