Dr. Syaraf Mahmud al-Qudhah dalam kitabnya al-Minhaj
al-Hadis fi ‘Ulum al-Hadis, mengkategorikan periwayatan hadis palsu ini kepada
tiga bahagian seperti berikut:
Pertama, meriwayatkan hadis palsu secara sengaja.
Ulama bersepakat mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram
berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke
atas-Ku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (Hadis
riwayt Bukhari)
Kedua, meriwayatkan hadis palsu secara tidak
sengaja. Orang yang meriwayatkan hadis palsu secara tidak sengaja pula, dia
dimaafkan dan tidak mendapat apa-apa dosa berdasarkan hadis Nabi SAW yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang dilakukan umatku
kerana tersilap, terlupa atau dipaksa.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Ketiga, meriwayatkan hadis palsu secara jahil atau
sambil lewa. Orang yang meriwayatkan hadis palsu secara jahil atau sambil lewa
pula, dia tidak dimaafkan dan tetapi akan mendapat dosa menyebarkan hadis palsu
walaupun dosa ini tidaklah sama seperti dosa orang yang mengetahui mengenai
kepalsuan hadis itu.
Ini berdasarkan beberapa dalil seperti berikut;
pertama, Firman Allah dalam surah al-Isra ayat 36 bermaksud: “Dan janganlah
engkau ikut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu mengenainya.”
Dalil kedua, hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa
yang meriwayatkan hadis daripadaku sedang ia diketahui oleh para ulama sebagai
tipu, dia dikira salah seorang daripada golongan penipu.” (Hadis riwayat Muslim).
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment