Air Terjun Lata Berangin terletak dalam jajahan (daerah) Kuala Krai, Kelantan. Air Terjun Lata Berangin terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kuala Krai. Air Terjun Lata Berangin lokasi perkelahan jadi pilihan orang ramai kerana keindahan dan suasana damai yang dapat dinikmati.
Air Terjun Lata Berangin boleh dikunjungi sama ada melalui Guchil -
Batu Balai - Kampung Mengkebang - Kampung Sungai Pas atau melalui Kampung Pahi
- Kampung Sungai Pas.
Sebelum
ini, Lata Berangin lebih dikenali sebagai tapak mini hidro elektrik. Namun, janakuasa itu kini tidak berfungsi
lagi. Ia sekaligus menjadikan tempat itu
terbuka kepada semua pengunjung.
Malah,
aliran air yang dulu separuh daripadanya dialirkan melalui pembentung kini
sepenuhnya menjadi air terjun yang mengalir cantik. Masalah kekurangan air terjun kini tidak
berlaku lagi apabila tidak perlu berkongsi’ dengan pembentung.
Beberapa
tahun lalu, tapak perkelahan Lata Berangin mula dibangunkan dengan pembinaan
jalan berturap, tandas, tampat letak kereta, tangga konkrit turun ke sungai dan
beberapa kemudahan lain. Kemudahan yang
disediakan itu menjadikan tempat itu lebih menarik dan memberi keselesaan
kepada pengunjung.
Keindahan
Lata Berangin terletak kepada diding batu pejal setinggi kira-kira 100 meter
yang menjadi punca air terjun. Pemandangan cantik itu sudah kelihatan sebaik pengunjung memasuki
kawasan itu. Ia secara langsung
menggamit dan rasa tidak sabar untuk pengunjung menghampiri kawasan itu dan menikmati
suasana damai lagi mengasyikan itu.
Sumber
air dari puncak tersembur keluar dengan laju turun menghempas batuan pejal
membentuk satu pemandangan yang cantik. Ia melalui satu lurah batu sebagai laluan utama, selain ada laluan kecil
dari beberapa arah. Namun, apabila hampir sampai ke bawah, ia bersatu membentu
satu laluan air terjun saja dan terus masuk ke satu kawasan.
Sunggupan
kawasan itu berada di luruh dalam yang di kelilingi dinding batu pejal dan
bukit, suasananya sungguh nyaman dengan tiupan angin. Mungkin disebab itulah ia dikenali Lata
Berangin.
Di
tempat di mana berakhir air terjun, terdapat sebuah kolam sederhana besar. Ia sesuai dijadikan tempat untuk berenang dan
melakukan aksi terjun. Bagaimanapun,
dinasihatkan kepada pengunjung yang tidak tahu berenang tidak mandi di kolan
itu disebabkan ia agak dalam berbahaya.
Pun
begitu, pengunjung boleh mandi manda di kawasan air cetek yang selamat,
termasuk kanak-kanak, asalkan tidak masuk ke kawasan air dalam di tempat air
terjun. Airnya yang dingin, jernih dan
mengalir menjadikan aktiviti mandi manda begitu menyeronokkan. Ia sesuai dijadikan aktiviti berkeluarga
kerana semua orang boleh terlibat sama.
Jika
tidak mandi manda, anda boleh beristirahat di kawasan berbatu di tepi
sungai. Rehatkan diri anda bersama
keluarga sambil menikmati suasana damai dengan melepaskan pandangan ke air
terjun yang berkejaran menghempaskan diri ke batu-batu pejal.
Jika
ini berada di tempat yang lebih sunyi dan jauh dari orang ramai, pengunjung
boleh memilih kawasan berhampiran sepanjang jalan masuk. Bagaimanapun, kawasan tebing yang boleh
dijadikan tempat duduk agak terhad.
No comments:
Post a Comment