Saturday 10 August 2024

PERANAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

 
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memainkan peranan yang penting dalam aspek pembangunan mineral, pembangunan fizikal dan perkhidmatan geosains negara selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini.

Sebagai agensi tunggal kerajaan yang menerajui bidang mineral dan geosains dalam negara dengan visi iaitu peneraju pembangunan mineral dan geosains negara, JMG komited dalam menyediakan perkhidmatan berkepakaran tinggi kepada stakeholders dan pelanggan dalam bidang mineral dan geosains.

JMG berperanan untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral dan geosains terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan sumber mineral yang mampan, penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan mineral serta penggunaan maklumat geosains yang berkesan.

Ia dilakukan melalui perolehan, tafsiran, pengurusan dan sebaran data dan maklumat geosains. Pengetahuan, data dan maklumat geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko bencana.
 
Misi
Menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi negara dan kualiti hidup melalui penggunaan maklumat, perkhidmatan berkepakaran tinggi eerta penyelidikan berkaitan mineral dan geosains yang efektif
 
Objektif
- Menyediakan maklumat komoditi mineral bagi meningkatkan pertumbuhan industri berasaskan mineral
- Menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains bagi pembangunan negara yang mampan
- Memastikan perusahaan sumber mineral berkembang secara teratur, selamat, cekap dan mesra alam serta mendatangkan pulangan yang maksimum kepada negara
- Menggalak dan mempelbagai penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral, geosains dan perlombongan di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor mineral dan perancangan pembangunan negara

No comments:

Post a Comment