Friday 3 June 2022

JEJAK ASNAF SAMPAI HUJUNG TANJUNG

 
Siapa wanita ini? Kalau hendak dikata ‘ahlong’ rasanya bukan, kerana ‘ahlong’ biasa lelaki. Kalau dikatakan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pun rasanya bukan kerana rumah dilawati itu bukan milik golongan jutawan.

Itulah ahli Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan(PCAK) yang membuat lawatan ke rumah asnaf. Mana-mana asnaf yang pernah mendapat bantuan atau sumbangan dari PCAK akan sentiasa disantuni untuk mengetahui perkembangan terkini.

Tidak kisahlah di mana tempat tinggal asnaf itu, selagi terjangkau dengan langkah, mereka akan disantuni seadanya.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment