Monday 30 May 2022

SIHHAT AFIAT PENGELUAR AIR MINERAL SEMULA JADI DI KELANTAN

 
Sihhat Afiat Sdn Bhd adalah syarikat pengeluar dan pengedar air mineral semula jadi jenama Eau Choice dan Eau Cline. Merupakan kilang pertama yang mengeluarkan air mineral semula jadi (AMS) di Kelantan.

Operasi pengeluaran bermula Disember 2012 di di Lot PT4630, Batu 9 Lebuh Raya Timur-Barat, Batu Melintang, Jeli, Kelantan. Sumber air diperoleh dari dua unit telaga tiub yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan.

Kedalaman purata telaga tiub adalah 400 kaki yang menghasilkan produk setanding dengan jenama yang terkenal di pasaran. 

Sihhat Afiat Sdn Bhd adalah syarikat patuh syariah dan mengambil berat soal kebersihan dan kesucian dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Sumber air di persekitaran hutan semula jadi dikelilingi hutan hijau subur jauh dari pencemaran.

Kandungan mineral semula jadi yang tinggi dari telaga batuan gunung berapi.

Sumber air berada di persekitaran hutan semula jadi. Jauh drai pencemaran industri dan domestik.

Terdapat zon penampang dalam kawalan yang luas dapat memastikan keaslian sumber air dikekalkan.

Ekosistem di tanah tinggi melebihi 1000 meter dari paras laut, berbukit dikelilingi hutan hijau subur yang luas dalam rantaian Banjaran Titiwangsa.

Operasi pengilangan secara Islam. Mengambil berat soal kebersihan dan kesucian.

Status sarikat ini bersekutu di bawah kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Keseluruhan pekerja tempatan beragama Islam. Pekerja yang berdisiplin dan dedikasi tinggi menghasilkan produk yang bermutu dan diyakini.

Pembungkusan menggunakan mesin secara automatik terkini dengan kapasiti 20,000 – 60,000 botol sehari bergantung kepada permintaan.

No comments:

Post a Comment