Friday 22 April 2022

PERINGATAN KEPADA ‘HAKIM’ WARGA MAYA

 
Terlalu banyak ‘hakim’, ‘pendakwa raya’ dan ‘peguam bela’ di negara kita akan terlibat dalam mana-mana kes yang dibicarakan di mahkamah. Bahkan, mereka ini sudah bersidang dan memulakan prosiding sesuatu kes sebelum mahkamah belum bersidang.

Disebabkan terlalu banyak ‘hakim’, ‘pendakwa raya’ dan ‘peguam bela’ warga maya, memaksa hakim mengeluarkan peringatan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan perjalanan prosiding kes.

Mahkamah akur bahawa rakyat mempunyai hak untuk bersuara namun perlu diingatkan, undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang melampaui batas.

Turut diingatkan agar tiada mana-mana pihak supaya tidak menyebarkan dokumen yang dirujuk di mahkamah, yang secara jelas dimuat naik serta disebarkan ke media sosial.

Prosiding ini masih jauh, tertuduh juga belum didapati bersalah, mahkamah belum tentukan apa-apa, tetapi warga maya sudah buat keputusan.

No comments:

Post a Comment