Wakaf menjadi amalan di kalangan sahabat Rasulullah SAW. Jabir pernah berkata:
“Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang berkemampuan tetapi tidak
mewakafkan hartanya.”
Mengikut
Kamus Dewan Edisi Keempat, wakaf bermaksud sesuatu yang diberikan untuk
kegunaan orang ramai (sebagai derma), sesuatu yang diberikan atau diuntukkan
bagi keperluan dan sebagainya yang berkaitan dagan agama Islam.
Harta
atau sesuatu yang diwakafkan dapat memberi kebaikan kepada sekelompok orang
atau orang ramai yang mana dapat digunakan secara berpanjangan untuk tempoh
tertentu atau sehingga ia tidak lagi dapat digunakan.
Perbuatan
sahabat ini menunjukkan kepada kita bagaimana mereka sangat mengerti dalam
mengamalkan ajaran Islam yang berkaitan dengan harta di mana ia adalah titipan
Allah yang mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Menyedari
bahawa faedah yang lahir daripada harta itu akan merangkumi semua pihak dalam
masyarakat, dan harta itu pula dapat memenuhi keperluan masyarakat seperti yang
kami sebutkan, maka Allah SWT menyandarkan harta itu supaya diambil perhatian
mengenai betapa pentingnya harta itu dan kadangkala kepada diri-Nya sendiri.
Allah
SWT juga menjadikan pemilik harta itu sebagai wakil Allah SWT untuk menjaga dan
membelanjakannya mengikut cara yang digariskan Allah SWT untuk mereka.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan
belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian
Allah) yang dijadikan-Nya yang mana kamu menguasainya sebagai wakil..” (Surah
al-Hadid, ayat 7)
Kadangkala
Allah SWT menyandarkan perkataan harta itu kepada masyarakat, dan dengan
sandaran itu Allah menjadikan harta sebagai milik masyarakat.
Allah
berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu maka (atau mengambil) harta (orang
lain dalam masyarakat) di antara sesama kamu dengan cara yang salah.” (Surah
al-Baqarah, ayat 188)
Apabila
harta itu adalah harta Allah dan seluruh umat manusia itu adalah hamba Allah,
maka kehidupan yang menjadi arena pekerjaan umat manusia itu bekerja dengan
menggunakan harta Allah ialah juga kerana (mencari keredaan) Allah.
Maka
dengan sendirinya harta itu walaupun dikaitkan dengan nama individu tertentu
tetapi untuk seluruh hamba Allah yang sama-sama dijaga dan dipelihara serta
diambil manfaatnya oleh semua orang.
Allah
SWT memberikan panduan mengenai masalah ini melalui firman-Nya bermaksud:
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (Surah
al-Baqarah: 29)
Islam
membawa suatu sistem sendiri, yang bukan bercorak terlalu individualistik dan
bukan juga kolektif mengikut kedua-dua makna yang terdahulu (iaitu sistem
kapitalis dan sistem komunis) juga bukan berdekatan di antara salah satunya dan
tidak juga pertengahan di antara kedua-dua sistem itu.
Malah,
ia mempunyai pemikiran sosial yang khusus, yang berasas kepada prinsip bahawa
semua hak milik itu adalah kepunyaan Allah. Semua hak itu ditetap dan diatur
oleh Allah, dan Allah memberikan kepada setiap individu itu hak mereka
masing-masing dan juga kepada masyarakat itu haknya sendiri. Allah juga
menentukan bahawa individu untuk masyarakat dan masyarakat itu untuk individu.”
Hal
ini digambarkan dengan jelas dan terang sekali dalam sabda Rasulullah SAW
bermaksud: “Perbandingan dan perumpamaan orang beriman itu dari segi sikap
kasih sayang dan hubungan silaturahim mereka adalah bagai sebuah tubuh manusia,
apabila sesuatu anggota itu berasa sakit, maka seluruh tubuh itu akan ikut juga
menderita demam dan tak dapat tidur.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Selama
semua hak itu adalah daripada dan kepunyaan Allah, maka hak itu sentiasa
mendidik setiap individu supaya berkhidmat untuk masyarakat, dan Islam
mengamalkan dasar memberi hak khusus (untuk individu) sambil memelihara hak
umum (masyarakat).
Dengan
itu, Islam memberikan hak milik khusus, tetapi dibatasinya dengan hak itu dan
menetapkan garis sempadannya yang tidak boleh diingkari.”
No comments:
Post a Comment