Friday 29 October 2021

KHASIAT DAUN KESUM

Siapa yang tidak kenal dengan daun kesum. Tumbuhan herba renek yang sering dijadikan bahan penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau ulam.

Daun kesum terdiri daripada dua jenis iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Dipercayai kaya dengan beta kerotena, vitamin A dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus.

Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.

Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Kajian turut membuktikan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan anti oksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob.

Dalam perubatan Melayu pula, daun kesum dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara khasiatnya ialah:
- Air rebusan digunakan untuk mengubati masalah kembung perut.
- Dapat membantu menghilangkan kelemumur.
- Kaya dengan beta karotena, vitamin A dan vitamin C.
- Kaya bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
- Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin.
- Dapat membantu mengatasi masalah keputihan wanita.
- Mengekalkan tenaga.
- Awet muda.

No comments:

Post a Comment