Di Jalan Sultan, Kota Bharu, berhampiran
Masjid Muhammadi Kota Bharu di sebelah matahari terbenam terdapat sebuah
bangunan bersejarah. Bangunan unik itu pernah menjadi milik Menteri Besar
Kelantan, Hassan Muhd Salleh. la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan
ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan - Pattani model penghujung abad ke-19
dan awal abad ke-20.
Bahan binaannya terdiri kayu cengal terpilih manakala atap diperbuat bata diperoleh dari Senggora di Selatan Thailand.
Terdapat sebuah anjung di bahagian hadapan bangunan ini yang menyerupai beberapa bangunan lain yang berdekatan seperti Istana Balai Besar dan Istana Jahar. Fungsi anjung ini antara lain ialah sebagai tempat unutk menyaksikan pelbagai upacara atau pertunjukan yang sering diadakan di padang (Padang Merdeka) yang terletak betul-betul di hadapan rumah berkenaan..
Bangunan tersebut dianggap tercantik pada zamannya sering dijadikan tempat meraikan tetamu negeri. Pada tahun 1905 bangunan ini dipilih menjadi tempat sambutan lawatan Maharaja Siam iaitu Maharaja Chulalongkorn (Rama V ke Kota Bharu). Ketika itu Kelantan berada di bawah naungan Thailand.

Bagaimanapun, pada tahun 1917 bangunan itu kemudian menjadi milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk dijadikan pejabat dan menjalankan aktiviti pendidikan agama serta aktiviti lain demi kepentingan rakyat dan penyebaran agama Islam.
MAIK ditubuhkan pada 24 Disember 1915 amat memerlukan bangunan bagi menempatkan pejabat dan melakukan aktiviti berkaitan fungsinya. Ia dibeli dengan harga RM15,00 menggunakan wang kutipan zakat.
Pengubahsuaian terhadap bangunan itu terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan sebuah rumah kediaman kepada ruang-ruang pejabat. Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku sedikit pindaan dan perubahan daripada reka bentuk asal semasa pengubahsuaian. Beberapa ukiran dan seni khat telah dibuang atau bertukar tempat, tetapi tidak sampai mengubah ciri-ciri utama bangunan yang asal.
Bertitik dari situlah, bangunan tersebut semakin terkenal dan berjasa. Banyak aktiviti dilakukan di banguan itu demi kepentingan agama dan bangsa Melayu. Di situ sering dijadikan medan para cerdikawan Islam bertemu berbincang, bermusyarat, berpidato dan sebagainya.
Tingkat atas bangunan dua tingkat itu dijadikan pejabat MAIK. Manakala di tingkat bawah dijadikan kelas Madrasah Muhammadiah sehinggalah kelas tersebut berpindah ke tempat lain pada tahun 1956.
MAIK menduduki bangunan tersebut sebagai pejabat pentadbiran selama 72 tahun sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Balai Islam di Lundang pada 16 Febuari 1990.
Bangunan tersebut dipinjamkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Sekali lagi ubah suai dilakukan, agar menepati ruang pameran muzium. Setelah siap pengubahsuaian dilakukan, bangunan tersebut dikenali sebagai Muzium Islam dan telah dirasmikan oleh Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra pada tahun 11 November 1991.
Kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 1991 ini adalah merupakan ubahsuai yang paling besar pada bangunan ini. Walaupun ia masih mengekalkan ciri-ciri luar bangunan ini tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan ciri-ciri dalaman seperti struktur bilik, tangga dan pintu telah berubah atau dibuang.
Pun begitu, secara keseluruhan kerangka utama bangunan tersebut masih mengekalkan keaslian seperti ketika mula dibina dahulu. Kayu cengal yang digunakan masih elok dan tahan. Hanya sedikit bahagian yang rosak diperbaiki dari masa ke semasa mengikut keperluan tanpa mengubah reka bentuk asal.
Bangunan tersebut sesuai dilawati bagi mereka ingin menyelami seni reka Melayu Islam yang unik dan menyimpan makna yang tersirat dan tersurat. Untuk melawat bangunan tersebut tidak sukar kerana terletak berhampiran Masjid Muhammadi yang menjadi tumpuan umat Islam.
Pada 20 Julai 2023, Muzium Islam berpindah ke Aras 3, Bangunan UTC Kelantan, Kota Bharu dan dirasmikan oleh Datuk Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Bangunan tersebut kini diususkan kembali oleh MAIK.
No comments:
Post a Comment