Sunday, 7 August 2022

KAMERA ANALOG MENGGUNAKAN FILEM

 
Kamera sekarang menggunakan fungsi digital untuk menyimpan imej. Sebelum ada kamera digital, filem digunakan untuk merakam imej yang kemudiannya diproses sebelum gambarnya dicetak.

Kamera yang menggunakan filem kini dikenali kamera analog, iaitu sesuatu yang fungsi kamera adalah sama, tetapi berbeza kerana menggunakan filem, bukan menggunakan fungsi digital seperti sekarang.

Kamera analog berfungsi dengan menggunakan filem peka cahaya untuk menangkap gambar. Filem ini ditempatkan di dalam kamera, dan ketika ratna dibuka, cahaya mengenai filem dan menciptakan sebuah gambar. Filem kemudian diproses di ruangan gelap dan gambar yang dihasilkan dicetak di atas kertas foto.

Filem di dalam kamera analog tersebutlah yang kemudiannya digantikan oleh sensor digital pada kamera DSLR yang kita kenal sekarang.

Kamera analog juga mempunyai sistem kerja manual untuk menggeser pergerakan filem di dalamnya ke bingkai selanjutnya. Terdapat tuas yang digerakkan untuk menggerakkan filem tersebut.

Selain itu, tidak ada perbezaan ketara antara kamera analog dan digital. Untuk ukuran shutter speed maupun diafragma, keduanya menggunakan sistem yang sama.

Oleh kerana itu, sebenarnya tidak ada perbezaan kamera analog dan kamera filem kerana media perakamnya memang menggunakan filem.

Terdapat ukuran filem berbeza berdasarkan kepada bentuk kamera. Filem bingkai penuh atau lebih dikenali filem 135 atau 35 mm paling banyak digunakan. Ukuran lain yang digunakan ialah 120 mm dan 5x4 inci.

Kartrij filem didatangkan untuk digunakan mengambil gambar dalam bilangan 12 keping, 24 keping dan 36 keping. Biasanya bilangan gambar yang boleh diambil ialah tambah satu atau dua berbanding apa yang ditulis di kartrij.

Kamera filem bermula pada tahun 1885 apabila George Eastman. Kamera filem tersebut dinamakan Kodak, yang kemudian mulai dikenalkan kepada masyarakat umum pada tahun 1888.

Selari dengan perubahan teknologi, kamera filem terus berkembang dengan ciri-ciri yang memudahkan kerja pengambilan gambar dan kualiti yang lebih baik.

Namun, kamera filem mula tergugat apabila kamera digital pertama kali dihasilkan oleh Fuji pada tahun 1988, yang menggunakan kad memori 16 MB untuk menyimpan data foto yang diambil.

Selanjutnya kamera digital mulai dikenalkan pada masyarakat secara meluas semenjak tahun 1989 oleh Fuji. Pada tahun 1991, dimulailah pemasaran kamera digital Kodak DCS-100 yang beresolusi 1.3 megapiksel.

Format foto kamera digital mulai beralih menjadi JPEG dan MPEG yang tidak memakan banyak tempat pada penyimpanan data. Pada tahun 1995, kamera digital dengan kristal cair di bahagian belakang lensa mulai dikembangkan oleh Hiroyuki Suetaka dengan nama kamera Casio QV-10.

Kamera DSLR mulai ditemukan pada tahun 1999 awal dengan pelancaran Nikon D1. Jenis kamera ini mampu menghasilkan gambar yang sangat baik dan beresolusi tinggi.

Sekarang ini, fungsi kamera lebih meluas diperkenalkan melalui telefon pintar. Kualiti dan kemampuan kamera di telefon pintar sekarang setanding kamera digital single-lens reflex (DSLR).



No comments:

Post a Comment