Setiap
peristiwa adalah sejarah dan pengajaran. Maka, kita perlu melihatnya dari mata hati
dan bukan luaran semata-mata. Jangan duduk sibuk ayam menang, sedangkan kampung
tergadai.
Catatan
seorang pemikir media di FB, Azran Fitri Rahim wajar direnungkan. Baca dan renungkan
catatan beliau sebagai pengajaran:
Pemain
media sosial pembangkang begitu teruja dengan pergaduhan yang berlaku ketika
kongres AMK.
Sebenarnya
tidak ada yang pelik atau luar biasa dengan kejadian itu.
‘Keganasan’
adalah lumrah bagi parti yang berusia 20 tanun ini. Mereka masih muda. Darah
mudah panas. Itulah sifat pemuda.
Dan
kalau dilihat dari sejarah. Parti ini lahir dari atas jalan raya. Jalan Tunku
Abdul Rahman, Sogo dan PWTC habis ‘jahanam’ pada tahun 1998. Disambung pula
dengan Bersih. Kereta polis dan polis kena ‘sauk’.
Jadi
tidak ada salah kalau anak-anak muda mereka bergaduh berdarah-darah. Mereka
hanya mewarisi DNA nenek moyang mereka. ‘Only
the strong will survive’.
Makanya,
janganlah buat-buat terkejut kalau seorang berdarah kepala. Tumbuk menumbuk.
Itu memang sifat semula jadi mereka.
Satu
perkara yang dapat belajar daripada parti ini, walau bergaduh sesama sendiri
tetapi bila berhadapan dengan musuh mereka bersatu hati, cuma sehari dua ini
sahaja seperti mahu terpecah dua. Dulu-dulu mereka kekal istiqomah.
Tidak
seperti sebuah parti ‘keramat’. Bila bermesyuarat atau berhimpun punyalah
tertib tetapi pusing belakang saja, terus pegang pisau masing-masing rodok
belakang kawan.
Kalau
kalah rebut jawatan parti lagilah teruk. Terus bawa ke pilihan raya, berkempen
untuk lawan demi pastikan kawan jahanam. Padan muka kau!. Akhirnya, 9 Mei 2018,
padan muka semua.
Justeru,
apalah sangat dengan seorang yang berdarah di kepala.
Catatan
FB
Azran
Fitri Rahim
No comments:
Post a Comment